tika wajah tebal menakung air mata, sahabat sejati akan segera mententeramkan tanpa bertanya berita.
tika hari sunyi tanpa sesiapa menemani, sahabat sejati akan mencari biarpun hanya suara yang berbunyi,
tika hati keliru dengan persoalan, sahabat sejati tidak akan meninggalkanmu terbeban sendirian mencari penyelesaian..
betapa mulianya tugasmu sahabat sejati, namun adakalanya kau akan pergi menyelesaikan urusan peribadi,
tidak mengapa tinggalkan aku disini, bukankah kita ada Allah yang tidak akan pernah meninggalkan kita sendiri.
aku akan sentiasa baik-baik dengan kasih sayang Allah beri, aku akan menyelesaikan permasalahanku dengan pertolongan Allah yang tidak bertepi.
ya Allah, walaupun aku terasa bersendirian, tetapi aku sebenarnya lupa bahawa Allah akan sentiasa ada, hanya aku yang sentiasa alpa...maafkan aku, Allah...
“bila ditebak dan ditanya dengan soalan
” tak sedihkah?”
” tak rasa apa-apakah?”
“tak menangis ke?”
jujurnya,
mestilah sedih.
bohonglah. kalau berkata,
diri tak terasa apa-apa.
namun,
hati sudah tak mampu lagi menyimpan sisa - sisa kecewa.
saya tak mampu untuk terus berdukacita.
saya lebih tak mampu untuk terus bersedih, dan berduka.
jujur, membuang kesedihan itu lebih mudah dari terus menyimpannya dalam ruang-ruang hati.
jujur,
senyum paksa dalam sisa-sisa luka,
itu lebih mudah,
dari bermuram durja,
mengenang dan terus mengenang segala kesedihan yang meluka kan.
bukan tak kecewa, bukan tak sedih.
cuma sudah tak mampu terbawa-bawa.
cukup.
cukup sampai disini.
buat kamu juga, lepaskanlah kesedihan itu, dan berbahagialah.
semoga Allah mempermudah.”
— (via tersenyum-melihat-langit)
No comments:
Post a Comment