Friday, September 30, 2011

Kebenaran Mu..

Hari ini..terungkai satu kebenaran yang sangat menyakitkan.......kebenaran yang membuat ku mengigil....terkesima ak seketika....memandang dunia seolah2 hilang seketika....dan akhirnya aku menangis hiba...menangis dan terus menangis....

Aku meluahkan segala isi hatiku pada MU Ya ALLAH......teRima kasih yaALLAH...hari ini aku telah sedar akan cinta manusia itu begitu cepat berubah.........begitu cepat beralih arah...hanya cinta Mu Ya ALLAH yang kekal abadi selama2 nya...............

Alhamdulilah......airmata yang mengalir ini,adalah airmata keinsafan........disaat aku menangis terbayang2 dosa yang aku lakukan dulu........Ampunilah hambaMu ini hidup dalam rahmat dan redha MU...aku benar2 mengharapkan itu ya ALLAH.....dulu hidup aku tidak mendapat redha Mu...tetapi Kau tetap menyayangiku Ya ALLAH..........ampunilah aku...hambaMu yang lemah dan tak berdaya ini...aku mengharapakan kekuatan hati dari Mu........berikan aku ketabahan....kesabaran.......untuk hadapi semua ini Ya ALLAH...aku mohon kepada Mu...hingga akhir nafasku nanti...............
KITA tak mungkin dapat mengubah sikap malah hati orang lain. Tapi kita boleh berusaha agar hatinya malah sikapnya berubah menjadi lebih baik. Usaha bermaksud laksanakan tindakan yg perlu beserta doa mohon yg terbaik drp-Nya. Jika DIA izinkan, insyaAllah usaha dan doa kita berhasil. Ingat! Hati kita, hati orang lain juga... hanya dipegang oleh Allah SWT. Hanya Allah mampu berikan keputusannya. ~ Puan Suzana Ghazali..


BAGAIMANA INGIN BERUBAH?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana kita boleh mengajak orang berubah, sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti 'ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it NOW). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri...



~ aKU ingin Berubah..menjadi INsan Yang Lebik baik...semoga dipermudahkan KEARAH KEbAIKAN ITU...iNSYaALLAH.......

Thursday, September 29, 2011

Cintai aku seadanya.....


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima INSAN TAK SEMPURNA
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati..........
Hai pemilik hati yang patah..

“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..”

Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja.
Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, kau yang akan menemukan pintumu.
Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!...

Untuk dirimu yang sedang terluka~

Wednesday, September 28, 2011

Cinta kerana ALLAH..


Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.


Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.

Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh...

Cinta kerana ALLAH...adalah cinta yang ku inginkan....mampukah aku menemui cinta itu...ku mengharapkan cinta itu.......InsyaALLAH.........

Cinta kerana nafsu..

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu...



Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.
Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. icon smile Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu
Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.

Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya.

Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. icon smile Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu
Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara.  Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

“Kekurangan orang lain itu,
mungkin menjadi ladang pahala untuk kita.
Supaya kita dapat bersabar dengannya,
Berbuat baik padanya,
Memaafkan dia.
Dan Menutup aibnya.
~ subhanallah, bila hati kita bersih, tiada orang yang terlihat tidak baik ~”

Saturday, September 24, 2011

Ujian dari ALLAH..

Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu…
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu…

kerna masakan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu…

kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..





UJIAN ALLAH kepada hamba-Nya pelbagai; bukan saja kesusahan dan penderitaan malah jugs kesenangan dan kegembiraan. Bersyukurlah jika diuji dengan kesusahan, penderitaan, cabaran, masalah dan segala yang merumitkan kerana semua itu mendekatkan kita kepada-Nya. Bimbanglah dengan ujian kesenangan kerana ramai yang senang bukan sahaja lupa diri malah lupakan Illahi, nauzubillah!! ~ Puan Suzana Ghazali


SETITIS airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan mahupun segunung permata dan berlian.. Sesaat bersedih kerana mengharap keredhaan Allah Ta'ala, adalah lebih mulia dari selama mana bersedih kerana menagih simpati cinta manusia. ~Zurina Abdullah


SAIDINA ALI pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali : “Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.".........

Friday, September 23, 2011

Hargainya sementara masih ada kerana kita tidak tahu bila ianya akan pergi dari kita.Hidup ini hanya pinjaman,seketika kita memilikinya,dengan sekelip mata boleh hilang tanpa disangka.Jangan kerana kekhilalafan kecilnya kita membenci,saat dan ketika itu penyesalan tidak bererti.Bukan pinta disanjung tinggi cukup dengan sedikit penghargaan,bukan pinta dipuja dipuji cukup dengan memaafkan kesalahan kecil yang tidak tersangka.Tiada manusia yang sempurna dalam setiap gerak tubuh longlainya~~~ 




~aku manusia yg tidak sempurna..jgn la membenci aku...tapi..bimbinglah aku ke jalan yg diredhai ALLAH..bimbing lah aku..dunia dan akhirat..aku dambakan menjadi wanita yg solehah.........dengan bimbingan..aku ingin berubah...semoga aku temui insan yang sedia menerima diri aku seadanya...yang menerima kekurangan diri ini..yang mampu bersabar untuk merubah ku........aku yakin ALLAH menjanjikan yg terbaik buat hambaNYA....yg sentiasa memohon pertolongan kepada Nya...aku menunggu insan itu...yang bakal menjadi calon suami ku.........insyaALLAH.......................~

Wednesday, September 21, 2011

Doa seorang Kekasih......

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala ............

Tuesday, September 20, 2011

Setiap perbuatan pasti ada balasannya..

Begitulah kehidupan didunia ini...setiap perbuatan yang kita lakukan pastinya akan dibalas...kadangkala cepat,kadangkala lambat...itu janji ALLAH...setiap perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan,manakala sekecil-kecil kebaikan pasti akan dibalas dengankebaikan..

Aku sendiri mengalami nya...setiap perbuatan yang kita lakukan ,tidak kira lah kepada manusia,kepada ALLAH dan makhluk ALLAH yang lain pasti ada balasannya...tunggu lah,wahai manusia yang terleka dan lalai dengan perbuatan yang dilakukan nya itu....

Kadang2 kita tidak menyedari,ALLAH sayangkan kita...kita leka melakukan dosa...ALLAH menegur kita dengan cara yang tidak disangka-sangka...tetapi itulah manusia,insaf hanya seketika...dan akhirnya mengulangi dosa yang sama lagi...

Jangan lah kita lupa ALLAH itu Maha Berkuasa....kadang2 ALLAH sengaja membuat kita menjadi lalai,leka dan terus hanyut.....dan akhirnya...apabila setiap satu2 perbuatan kita ALLAH balas dengan pelbagai musibah,keperitan,kesengsaraan dan penderitaan.....barulah kita bangkit dan sedar....bahawa itu adalah balsan atas2 dosa2 yang kita lakukan....ALLAH..ALLAH...

Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....setiap yang berlaku ada hikmah nya....janganlah sekali2 kita mempertikaikan kenapa kita dibalas sedemikian rupa...Apa yang berlaku itu,sebenarnya..adalah cara supaya kita sentiasa mendekatkan diri kepadaNya....supaya kita bertaubat kepada ALLAH...menyesali akan segala dosa2 yang pernah kita lakukan.......kerana sesunnguhnya...ALLAH amat menyukai hamba2 NYA yang sentiasa memohon keampuanan kepada Nya...

Kepada sahabatku yang sedang leka dan alpa...marilah kita berfikir sejenak...selama kita hidup dengan nikmat yang diberikan oleh ALLAH,apakah kita pernah bersyukur kepada Nya?Apakah kita pernah menyesali akan segala dosa yang pernah kita lakukan ?...Sedarlah...bermuhasabahlah...

Semoga ALLAH menerima taubat kita dan mengampunkan segala dosa2 kita,kerana seungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun serta menerima TAUBAT hamba2 NYA,..InsyaALLAH...

dan semoga kita diberi kesempatan itu sebelum kita kembali kepada Nya.....

Ya ALLAH, KAU akhirilah umurku dengan kebaikan,KAU ambilah nyawaku,setelah kau mengampunkan segala dosa2 ku Ya ALLAH..kerana aku amat takut akan AZAB api neraka Mu...semoga disaat aku kembali kepada Mu....kau telah menerima TAUBAT ku.........insyaALLAH..ku mendambaku syurga Mu Ya ALLAH.....

Lindungi aku Ya ALLAH,dari terus melakukan dosa...panjangkan lah umurku untuk melakukan kebaikan...Bimbinglah aku Ya ALLAH..dengan petunjuk dan hidayah Mu...Tunjukkan jalan Mu Ya ALLAH....Semoga hidupku,serta seluruh ahli keluargaku sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Mu .......AMIN YA RABBAL ALAMIN............

Monday, September 19, 2011

Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang,
memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan,
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,
serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..
ALLAH SWT melarang supaya tidak bersangka buruk terhadap orang lain. “Wahai orang yg beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yg lain.Adakah kamu suka makan daging saudaranya yg telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani” (al-Hujurat (49):12)..


Kadang2 kita tidak sedar,kita hanya tahu mencari kesalahan orang lain...padahal,kesalahan diri sendiri tidak pernah kita fikirkan..bermuhasabahlah...menilai keburukan diri sendiri........dan bersangka baiklah kepada semua orang....:)

Sunday, September 18, 2011

Kenapa lambat kahwin? - Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk ku.
Dah Berpunya? - Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.
Siapa?? - Nanti Allah akan perkenalkan..
Bila?? - Bila jodoh sampai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti..

Janganlah selalu bertanya bila org tu nak kahwin.. Kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah.. Sampai masa Allah akan membongkarkannya..

InsyaAllah.. :-)





janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan,
tapi bimbanglah andai imanmu semakin berkurangan.

janganlah kamu bimbang andai kamu tak rupawan,
tapi bimbanglah andai akhlakmu murahan.. :)



Jika diciptakan wanita burung,
nescaya jadilah wanita itu burung merak,
Jika diciptakan wanita serangga,
nescaya jadilah wanita itu rama-rama,

Seandainya wanita bukanlah merupakan
sesuatu yang sangat agung
Nescaya Allah tidak akan menjadikannya sebagai bidadari
yang dihadiahkan kepada seorang mukmin (di syurga nanti),...



♥ --> Jika kekasihmu mengkhianati atau meninggalkanmu ,maka tersenyumlah sebab orang yang seharusnya bersedih adalah dirinya kerana kamu hanya kehilangan orang yang tidak mencintaimu , sedangkan dia telah kehilangan seseorang yang ikhlas menyintainya.<-- ♥



Saturday, September 17, 2011


Untuk yang sedang bersedih
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.
Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.
Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.
Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!
Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur....
* sabarlah duhai hati..janganlah bersedih lagi........


Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yg kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yg kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yg kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yg kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita ttp menyayanginya krn dia sentiasa bertakhta di hati......



Begitulah cinta..tidak mudah melupakan cinta itu...sekali cinta..pasti sentiasa di hati....

Friday, September 16, 2011

hari ini aku kembali bertemu seseorang yang begitu lama tidak ku temui....terlalu lama...kini dia bahagia...terpancar diraut wajah kebahagian itu...alhamdulilah...aku tumpang bahagia.......

aku?masih ada sinar bahagia itu....aku hanya mampu berharap....pada ketentuan yang Maha Esa......
“Relakan perpisahan itu demi keikhlasan cintamu padanya, seandainya masih belum tibanya masa yang pasti untuk bersama. Ketahuilah, mencari redha Allah dalam bercinta bukanlah semudah dgn kata-kata, bukan juga dengan hanya ucapan “ku mencintaimu keranaNya’,

Namun ia harus dibuktikan dgn kaedah yg betul yakni menurut syari’atNya. Jauhilah segala yg mengundang kebinasaan roh hati dan elakkan segala yg membawa kerosakan jiwa diri..”





JIKA diri terasa keseorangan, jangan berduka kerana Allah itu ada untuk setiap makhluk di muka bumi ini...

Jika diri terasa kusut, ingatlah Allah, bacalah Al-Quran dan tenangkan diri dengan lapangkan hati kerana Allah sentiasa ada untuk kita..

Allah Allah Allah...

Setiap ujian yang diturunkanNya pasti ada hikmahnya...

Mohonlah padaNya, jangan berputus asa, jangan mudah menyerah sebelum kalah!.....




Thursday, September 15, 2011

emm..

Manusia ni ada macam2 perangai....xsangka...begitu banyak cerita..begitu banyak kisah.....kita hanya akan sedar sikap manusia itu bila kita mengenalinya....
tetapi..kenapa bila kita tidak tahu,tidak mengenali...kita berani menghukum...menilai...siapalah kita semua ini...hanya hamba ALLAH yang tidak sempurna....

Perasaan suka boleh menjadi benci...sekelip mata...entah la pelik kan...biarlah manusia itu..hidup bahagia...sebahagia yang mungkin...

Tidak perlu menghukum manusia itu.....hanya kerana satu tuduhan.....ALLAH berkuasa menghendaki sesiapa jua yang dikehendaki nya....menjadi sebaik2 manusia....dan juga boleh menjadi sejahat2 manusia....sekelip mata...ALLAHUAKHBAR..

hAri ini penamat semua cerita,,...penamat semua kisah.....pengakhiran sebuah kenangan......:)

Wednesday, September 14, 2011

Meniti hari2 terakhir..

Lagi 1 hari aku akan berada disini...mendidik anak2 yang pelbagai ragam...sayu rasa nye..ini keputusanku...tidak akan kembali meneruskan perjuangan disini...kerana....terlalu banyak kenangan...hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...

Monday, September 12, 2011

Ya Allah ,
Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..
Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu
Ya Allah,
Jagalah aku dari dosa dunia..
Jagalah dia dari dosa cinta..
Aku mencintainya kerana Mu
Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki...



Andai kita memang dijodohkan ..
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan ..
Namun andai memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya..




Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini.
Tangisan semalam takkan mematahkan semangat ini.
Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan.
TAPI...
Tangisan semalam adalah semangat.
Tangisan semalam adalah kekuatan.
Tangisan semalam adalah kebangkitan....

JIKA dirimu sekarang sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redha-Nya,maka bersabarlah. Demi Allah, dia tidak datang kerana kecantikan, kepintaran ataupun kekayaan, tetapi dia datang kerana panggilan hatimu yg inginkan pendamping bagi menemanimu menuju redha Allah. Namun Allah lah yg menggerakkan hatinya. Simpanlah segala bentuk ungkapan cinta dan KUNCI hatimu serapatnya hanya untuknya kerana Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat indah pada waktunya. :)...


SESEORANG yang apabila kita mengenalinya, dia akan menceritakan hampir kesemua keburukan orang yang dikenalinya adalah bukan seorang teman yang baik. Elakkan dari bercerita tentang keburukan, masalah dan apa2 kelebihan kita kepadanya. Kelak dia akan menjadikan semua hal itu sebagai cerita buruk kita untuk dipersembahkan kepada orang lain pula. ~ Wan Muhd Ali


HIDUP bukan untuk mencari musuh. Kita juga tidak anggap sesiapa yang dikenali sebagai musuh. Jika ada orang menganggap kita musuh, marilah kita berdamai. Jika kita silap, InsyaAllah kesilapan itu tidak akan diulangi, jika kita berhutang, InsyaAllah hutang itu akan dibayar. Dosa dgn Allah, Allah boleh ampunkan, dosa dengan manusia, hanya manusia itulah yang mampu meleraikannya. ~ Wan Muhd Ali


SAHABATKU yang terluka hatinya, Cinta itu tak bersyarat, kuat & tangguh, tak lekang oleh waktu. justru ketika diuji oleh orang yg kita cintai menyakiti, mengkhianati kita namun akhirnya kembali menyesal & meminta bantuan kita kemudian kitapun memaafkan, menguatkan & menolongnya. Itulah cinta, tak bersyarat apapun. "Jika Allah menghendaki kebaikan bagi sebuah keluarga maka Allah akan memasukkan rasa kasih sayang pd diri mereka" (HR. Ahmad) ~ Muhamad Agus Syafii


MANUSIA hanyalah hamba kepada Allah SWT. Keupayaan dan pengetahuan manusia juga amat terbatas. Lantas, manusia tidak layak mengadili dan menghukum orang lain jika tidak mengetahui dengan jelas akan hakikat sesuatu perkara. Pertemuan, perpisahan, jodoh, rezeki, ajal maut dan tanah kubur telah diaturkan oleh Dia Yang Di Atas!~ Rahimah A. Hamid~





PESANAN : Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi.

Friday, September 9, 2011

‎"Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri"........


 Lepaskan dia pergi........agar dia bahagia,..seandainya dia itu jodoh kita..pasti dia akan kembali..........



Wednesday, September 7, 2011

Satu Pengajaran.....


Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”
p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
Cerita ini sangat bermakna buat diriku.........yang akan aku jadikan pengajaran untuk hari yang mendatang...
kerana aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.