Tuesday, August 30, 2011

Syawal yang sayu....

Di malam 1 Syawal...hatiku menjadi begitu sayu...aku hanya mampu menangis dalam hati....di depan keluargaku...ak tersenyum gembira....bersama2 membuat persiapan menjelang hari Raya Aidilfitri.....dalam hatiku...tiada siapa yang tahu....aku kena kuat,kena tabah...aku sudah berjanji tidak akan menangis didepan kedua ibubapaku....Menjelang syawal...Ramadan yang mulia akan meninggalkan ku....begitu sedih kurasakan....alhamdulilah...Ramadan kali ini,memberi makna bagi diriku.....cuma satu harapanku....setiap doa2 ku....yang kutitipkan kepada Nya....akan dimakbulkan....dosa2 ku diampunkan....aku melakukan apa yang terdaya aku lakukan...aku hanya mampu berserah pada Nya....bantulah hambaMu ini...memilih yang terbaik buat diriku,agamaku dan kehidupan dunia dan akhirat..hanya Engkau...yang Maha Mengetahui,...apa yang tidak ketahui...tunjukkan jalan Mu Ya ALLAH.....


KEHADIRANNYA mengamit seribu kegembiraan, pemergiannya amat dirasai, itulah hikmah bulan mulia Ya Ramadhan. Meniti hari-hati terakhir sebelum Ramadhan meninggalkan kita, hati tersentuh dan terasa sayu. Semoga kita dipanjangkan umur dan dijodohkan bertemu Ramadhan akan datang. Allahuakhbar!.............
TERKADANG, ujian itu juga datang melalui pelbagai tentangan dan pengorbanan yang kita lakukan di jalan Allah swt, yang tidak habis-habis. Lalu kita bersabar dan tetap berprasangka baik kepada Allah swt, dan hal itulah yang menyebabkan kita mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah swt...
KEJUJURAN merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Anda tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri anda. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara anda dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran anda ataupun tidak...

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah


Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga


Apakah suratan
Aidilfitri suatu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan hati rela



Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merinduimu sayang
Ku menanti dengan jiwa raga

Pulanglah kepangkuan ku oh sayang
Ku menunggumu di hari raya...........


Apakah aku harus terus menunggu....atau ia nya satu titik akhir....berilah aku keyakinan itu YA Allah....
Pasti aku akan merelakan nya,,,,aku redha jika ini ketentuan Mu...........kerana aku sedar aku bukan lah yang terbaik buat dirinya...Tunjukkanlah jalan Mu Ya ALLAH...........

Thursday, August 25, 2011

Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..
Bila dia pergi, pergilah kejari selagi merasa dia bererti..
Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi..

Hujan.......

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...





Hujan membawa seribu makna buat diriku.......sEtiap kali hujan..ak teringatkan seseorang....setiap kali hujan juga aku pasti berasa sedih....sayu sekali...entah kenapa...aku sendiri tidak mengerti apa yang aku rasakan..

Hari ini 25 Ramadhan..sekian lama aku tidak melihat dia,akhirnya..hari ini..aku diizinkan melihatnya...
ALHAMDULILAH...dia sihat...itulah doaku buatnya...semoga dia sihat dan dapat menjalani hidup ini dengan lebih bahagia......



Wednesday, August 24, 2011

Beribu Sesalan...

Ku susuri malam ini 
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Jangan kau sesali apa yang pernah terjadi.......pasti ada hikmah tersembunyi........:)

Tuesday, August 23, 2011



SIAPAKAH wanita cantik itu ? ✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah . ✔ Dia tersenyum saat tertekan . ✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis . ✔ Dia tabah saat dihina . ✔ Dia mempersona kerana memaafkan . ✔ Dia mengasihi tanpa balasan . ✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi . ~> Jadilah wanita cantik itu :)...........


Mampukah aku menjadi wanita secantik itu.......?insyaALLAH....Di malam ke 23 Ramadhan...ak bersujud...memohon...hanya kepada Nya,,,,,,,,,
MUNAKAHAT | PERTUNANGAN adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. ~ saifulislam.com

Monday, August 22, 2011

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi...

” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.

Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang mencintai seorang gadis tetapi telah kehilangan Pencipta...
 * Ketika kita tersungkur jatuh kerana kelalaian kita sendiri lalu jiwa kita sakit dan menderita, kitapun menangis hiba, malangnya kebahagiaan tidak juga menangis bersama kita atau menemani kita hingga keresahan terusir dari jiwa kita..... 


Benarkah itu cinta jika kita semakin lupa kemuliaan diri?


Benarkah itu cinta kalu kita hilang pedoman dan terdampar dipantai maksiat?


Benarkah itu cinta jika kita lupa diri hingga tercampak ke lembah yang hina dan dina?


Adakah benar?


Jika cinta itu menjadikan kita hina, keji dan lupa diri?


Jika cinta itu menjadikan hati kita hitam dan tidak suci lagi?


Jika kita hidup dalam kesesatan, lupa dari mana kita datang, siapa diri kita?




Jika ini cinta yang kita dapat selama ini...berhentilah mencari cinta sebegini..usah dipertahankan lagi cinta ini.....


Cinta sesuatu yang indah....memberi sekeping hati untuk dimiliki...disayangi sepenuh hati....
Menerima seadanya....membimbing....berkongsi rasa....suka dan duka...melengkapi satu sama lain....


Dulu aku langsung tidak pernah kenal erti cinta,...hingga datang seseorang....tetapi bahagia cuma seketika....jika aku tahu sakitnya bercinta.....tidak sekali aku beri hati ini kepadanya....


Sekarang hidup penuh derita.....menyesali cinta yang hadir....


“cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…”


Di saat aku sedar akan kekurangan diri ini....aku ingin berubah...kuharapkan dia sabar menerima seadanya aku....tetapi apakan dayaku aku ditinggalkan begitu sahaja....


Disaat aku terdampar mencari jalan pulang....aku hilang arah...aku dibiarkan begitu sahaja....
Tak mengapa..jika itu takdir hidupku....aku terima dengan redha....


Sahabat yang ingin bercinta......carilah seseorang yang boleh menerima kekurangan diri kita....dan berusaha bersama2 memperbaiki nya.....jika dia hanya mengharapkan kita berubah tanpa dia berubah....fikir2lah sahabat...

Tuesday, August 16, 2011

SATU keputusan bakal merubah masa depan. Pertimbangkan dgn rasional + mohon bantuan-Nya. Ada tikanya anda perlu mengalah utk menang di kemudian hari. Mengalah bukan bererti kalah sbb anda bkn gagal cuma blm berjaya. Muhasabah diri dgn sgl yg telah terjadi. Ambil pengajaran utk kecapi hikmah belakang hari! 



Jangan pernah biarkan diri kita untuk KECEWA! kerana semua itu akan merampas semua yang seharusnya kita miliki, bahkan apa yang pernah kita miliki. Sebab kekecewaan akan membuat kita malas untuk menjaga dan mencari.


JODOH dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Adakalanya, kita diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Kadangkala petunjuk dalam bentuk rasa hati. Jika dia pilihan anda, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik....tidak perlu dia disakiti...



DENGARLAH kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria ke 6 yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga anda dapat mengetahui perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa...

Sunday, August 14, 2011

Pada sesaat yang kamu berputus asa ,tanya diri kamu, berapa lama kamu sudah bersabar?tanya juga ,mengapa selama ini kamu mampu bersabar pada jangka waktu yang cukup lama?........dan apabila kamu sudah bersabar cukup lama, adakah kamu mahu mensia-sia kannya hanya dalam masa SESAAT?

Hanya dalam masa SESAAT,jika kita hilang kesabaran, kita mampu kehilangan segala2 nya....
dan juga hanya dlm masa yang sesingkat itu kita mampu menyesal dan menderita untuk sepanjang hayat.......


Selama ini kita bersabar, semampu yang kita boleh...kita berusaha dengan penuh daya...sentiasa tersenyum, walaupun hati ingin menangis...kita lakukan itu semua, pada kadar waktu yang cukup lama.......tetapi.........sebagai manusia..kita punya tahap atau had kesabaran......yang menentukan semua itu adalah keimanan seseorang itu....


Bilang hilang semua kesabaran, bila hilang kawalan, semua perkara boleh terjadi, manusia  sanggup berbunuhan, bermusuhan, hina- menghina, caci mencaci, meluahkan lahar yang terpendam seboleh yang mungkin....apa yang dipendam selama ini tidak dapat lagi disimpan, diluahkan, di muntahkan semahu yang mungkin....hinggakan tiada apa lagi yang tinggal.....ALLAH....itulah manusia.......


Akhirnya...setelah puas....mereka ini, mampu tersenyum gembira.....atau hanya mampu menangis menyesali setiap kata yang dilontarkan, setiap perbuatan yang dilakukan...Ketika nafsu amarah memuncak di hati, kita hilang pedoman, hilang kawalan...


Tidak pernah kita terfikir, setelah apa yang kita lakukan itu memberi KESAN yang cukup besar kepada orang sekeliling kita........tanpa kita sedari...membuat banyak hati yang terluka......


Yang lebih malang lagi, bila sesalan itu tidak berguna lagi..tiada makna nya lagi..jika ada yang mati akibat hilang kesabaran , mana mungkin hidup semula....jika ketika marah, suami sanggup menceraikan isterinya....apa mungkin boleh rujuk semula....?Entahlah....jika difikirkan....mengapakah ini semua terjadi...maka, tnyalah pada diri anda...apa yang telah anda lakukan...apa yang telah anda buat selama ini...


Kadang2 bila sesuatu itu terjadi, kita tidak sedar, kita hanya menyalahkan orang lain...puas kita mencari dan mencari keaiban orang untuk diceritakan...Berfikirlah...mengapa tiba2 ada orang datang dan menjadi begitu marah dengan kita...fikirlah, mengapa tiba2 ada orang datang dan ingin membunuh kita....fikirlah..mengapa tiba2 ada orang datang memaki, menghina kita...?mengapa?...Mungkin tanpa kita sedar, kita pernah menyakiti hati mereka, kita pernah melukai hati mereka, kita pernah melakukan kejahatan kepada mereka, hingga mereka itu semua, mempunyai rasa dendam, rasa marah yang begitu lama disimpan....hingga bernanah didalam hati.....tiada siapa tahu....tiada siapa yang merasakannya....hanya mererka itu............


Maka ingatlah wahai manusia, setiap dari kita hanya manusia lemah, sering melakukan dosa, melakukan kesalahan...tidak haruslah menyalahkan orang lain....muhasabah diri anda terlebih dahulu.......tetapi kadang2 kita harus ingat..setiap apa yang berlaku dlm hidup kita, sebenarnya sudah ditentukan oleh Dia Yang Maha Mengetahui.....


Walau seburuk mana takdir yang terlakar dalam hidup ini,ia adalah perancangan Dia Yang Maha Berkuasa...Mungkin bagi kita bila sesuatu perkara itu terjadi ,kita menyangkan ia amat buruk untuk diri kita, padahal ia amat baik sebenarnya untuk diri kita..Ini semua adalah ujian Tuhan semata-mata....tetapi mungkin jua ini BALASAN Allah semata-mata...hnya diri kita yang mengetahuinya....dan setiap perbuatan itu samaada baik atau buruk pasti ada balasannya..


Sesungguhnya,,,,setiap apa jua yang berlaku itu, pasti ada hikmah yang tersembunyi..pasti ada...itu janji ALLAH...Yakin lah pada hikmah itu...kerana itu pastinya adalah yang terbaik buat diri kita....Maka jangan pernah menyesali apa yang telah terjadi....Jangan pula kita menganggap setiap balasan dari ALLAH itu , sebagai musibah...kita harus terima semua itu dengan penuh rasa syukur, kerana ALLAH masih menyayangi kita...


Ucaplah ALHAMDULILAH....segala puji bagi ALLAH...kerana kita diuji dengan pelbagai dugaan hanya kerana kasih sayang dari ALLAH...



~ Alhamdulilah Ya ALLAH, aku bersyukur kerana Engkau masih menyayangiku....~





Friday, August 12, 2011

~Kita hanya Merancang........

TULISKAN rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah SWT. Izinkan Allah memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita, mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita, hambaNya yang beriman..


Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segala nya...Ya memang kita hanya merancang,,,,tetapi disebalik pe yang kita rancangkan kita tidak mengetahui akan baik dan buruknya sesuatu itu kepada kita...


Kadang2 pe yang berlaku..sering kita menyalahkan orang lain..menghina..mengadu domba..mengungkit segala2 nya...setiap kata2 mengaibkan orang lain..penuh nafas dendam...nafas dengki...nafas marah...jika dahulu penuh dengan kasih sayang...tapi sekarang...cinta itu..kasih itu...seolah2 tidak pernah wujud..


Kenape lah begitu...ALLAH...jangan sekali bertnya begitu...sesungguhnya yang terjadi adalah perancangan Dia YANG Maha Mengetahui...siapalah kita untuk mempertikai kan nya...terimalah takdir yang tertulis itu...dengan penuh redha dan penuh pasrah...


Ingatlah semua ,jangan sekali2 kita membuka aib orang,kerana barangsiapa yang menjaga aib saudaranya,maka ALLAH akan menjaga aibnya di akhirat kelak...INsyaALLAH....


Sedar lah..hidup hnya sementara...hargai lah..sementara masih bernyawa...

Thursday, August 11, 2011

~Manusia itu tidak sempurna....

Tiada manusia yang sempurna...Memiliki kelebihan dan kekurangan masing2..Manusia sering melakukan kesilapan,kesalahan...sering melakukan dosa..tanpa disedari @ sememangnya kita menyedari nya...tetapi itulah manusia...walaupun sedar akan dosa pahala..tetap jua melakukannya...
Manusia itu dijadikan oleh ALLAH S.W.T Yang Maha Berkuasa...setiap manusia sejak ia dilahirkan ,telah tertulis sebuah takdir yang telah ditentukan olehNya...Takdir itu takkan mampu kita sebagai manusia untuk  mengubahnya..melainkan dengan keizinan dari Nya,...
Baik buruk setiap manusia sesungguhnya di dalam perancangan ALLAH Yang Maha Bijaksana..Kita hanya lah hamba yang melaksanakan tugas sebagai khafilah di dunia ini..Setiap manusia ibarat sebuah watak yang melakonkan segala2 yang terjadi didunia ini....
Alangkah bertuah nya seorang manusia itu jika ia telah ditakdirkan oleh Nya, sebagai ahli syurga.....malang juga bagi seseorang itu jika ia ditakdirkan menjadi ahli neraka....ALLAH...tiada seorang manusia yang menginginkan itu terjadi....Maka...oleh itu, jika kita melakukan kesalahan,melakukan dosa,bertaubatlah....sesungguhnya Dia itu Maha Pengampun...
Kadang2 manusia tidak sedar betapa ALLAH menyayanginya..setelah diberikan nikmat,diberikan rezeki yang melimpah ruah....tetapi kita tidak pernah mensyukurinya,...malah kita sering merasa tidak pernah cukup dengan ape yang ada...
Hinggalah kenikmatan yang sementara itu hilang....barulah kita sedar betapa ruginya kita...kerana kita tidak pernah sedar untuk menghargai nya...Disaat kita hilang segalanya...jangan sekali2 kita merasa ALLAH tidak adil kepada kita...Bersyukurlah...Dia masih menyayangi kita..kerana setiap apa yang berlaku pada kita, merupakan satu petunjuk, supaya kita sedar...akan dosa2 yang pernah kita lakukan dulu,,,
Ucaplah ALHAMDULILAH...atas kenikmatan itu...kerana semulia2 manusia itu, adalah manusia yang telah melakukan dosa dan ingin bertaubat kepada Nya....akan tetapi sehina2 manusia,setelah dia melakukan dosa dia tidak ingin bertaubat, tetapi menyalahkan takdir Ilahi....ALLAH...

Marilah kita berdoa wahai manusia agara kita termasuk dalam golongan orang2 yang sentiasa bertaubat..meminta keampunan kepada Nya Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang......Amin..InsyaALLAH........

tak ada manusia yang terlahir sempurna
jangan kau sesali segala yang telah terjadi
kita pasti pernah dapatkan cubaan yang berat
seakan hidup ini tak ada ertinya lagi
syukuri apa yang ada hidup adalah anugerah

tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik
 tak ada manusia yang terlahir sempurna
jangan kau sesali segala yang telah terjadi
Tuhan pasti kan menunjukkan Kebesaran dan KuasaNya
bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa....



Becerita mengenai kesempurnaan aku teringkat satu kisah...

Pd suatu hari d skola, seorg murid bertanya pd guru, ktika i2 guru trsebut sdg mengajar mengenai kasih sayang....
Murid :"cikgu..mcmana kte nk pilih seseorg yg ytbaik sbg org yg pling kite syg??Mcmana kita perlu jaga kasih syg itu supy berkekalan?"....
Cikgu : ok.kamu ikut pe yg sy srh..kamu pergi ke pdg, kamu brjln di ats rumput smbil memandang
rumput di depan kamu...pilih yg PALING cantik...tanpa menoleh ke blkg lg walau skali..slps petik rmput yg PALING cantik, bw ke kelas...
apabila murd itu pulng ke kelas, tiada shlai rumput yg dipilh..cikgu brtnya..'knape tiada sehelai rumpt pon ?
MURID : td mse sy brjln, sy crila rumput yg pling CANTIK,mmg ade yg cntik,ttp cikgu kate petik yg pling cantik, makasy pun terus brjln ke hadapan smbil mncari yg pling cntik tnpa menoleh le blkg lg...tp smpai di penghujungpdg, sy x jmpa pun rmput yg plin cntik..mgkin ada di antara yg diblkg sy td ada yg pling cantik, tp ckgu psn x bloeh menoleh ke blkg semula, jd tiada la rmput yg sy bleh petik...."

CIKGU: YA..itulah jwpn nye..Mkna nye apabila kita tlh brjumpa sseorg yg kita syg n
yg pling kita syg..x perlu la kita mencari lg...kerana jika kita terlalu mencari kesempurnaan maka hasil nya kita x kan jupe...mgkin kite tlh jupe, ttp kite msih mencari tanpa kita sdr org yg kita syg sbnr nya ada di depan kita tanpa kita sedari...atau mngkin kita x kn jupe krn ape yg telah berlalu psti nye tidak akn berulang lg...





~Aku manusia yang tidak sempurna,,,...hanya mengharapkan seseorang yang boleh melengkapi ketidaksempurnaan itu..........11-8-11~


Sunday, August 7, 2011

Kisah Hati Seorang Perempuan..

Kadang bila kita melihat airmata seorang perempuan itu mengalir...Sungguh dikala itu amat perit derita yang ditanggungnya...Dan seolah-olah telah hilang satu kekuatan dirinya kerana selalu menahan airmata itu daripada terus mengalir..Dan jika kita terus membiarkannya dalam kesedihan..mungkin dia melakukan perkara diluar kawal..Bimbinglah dia..Tenangkanlah hatinya..

Disaat menitis airmatanya itu, jika kamu berpesan dan berjanji tidak akan melukai hatinya lagi..Dia akan menerima kata2 mu dengan semangat penuh membara...dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya..Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu..dan berjanji tidak akan pernah melepaskannya hingga ke akhir hayat..

Terkadang dia jarang mengatakan RINDU..janganlah kamu beranggapan dia langsung tiada perasaan rindu padamu...Sengaja dia memberi ruang kepadamu untuk menyatakan nya terlebih dahulu,kerana hatinya amat bahagia dan gembira bila seseorang yang dicintainya menyatakan rindu padanya...Jika perempuan itu menyatakan dia rindu padamu...dia benar2 maksudkannya...Apabila berjauhan bayangamu sering bermain di ingatannya...hingga dia tidak dapat melakukan kerja kerana merindukanmu.......

Kadang dia menjadi DEGIL,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi mahu melihat sejauh mana kesabaran kamu melayan kerenahnya,,Percayalah hati wanita amat lembut..Andai kena caranya jangan terkejut kalu akhirnya dia mampu berubah fikiran dalam masa sesaat....Kata orang keras hati wanita mampu cair oleh janji manis oleh sang pemujanya..

Dan kadang bila dia berkata "Tolong tinggalkan saya!"dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi untuk selamanya..Dia hanya ingin menenangkan fikirannya sebentar sahaja..Dan apabila dia menjadi tenang, maka dia pasti akan mencari kamu semula,..Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda..Perempuan sukar mengawal emosi dan perasaan...Dia terlalu emosional...Tapi dia lah yang terlalu menyayangi anda dan sangat sensitif  dengan perubahan diri kamu...


Itulah sedikit tentang kisah hati pada seseorang......Seseorang itu bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya...Sekali perempuan itu telah jatuh hati..amat susah untuk dia melepaskan seseorang itu..dan akan mengambil masa yang lama untuk pulih......atau mungkin membuat hatinya tertutup untuk menerima cinta lain buat selama2 nya..............
Doa hari ke 6 puasa
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!.

Saturday, August 6, 2011

Hari ini aku pergi ke klinik.....berjumpa doktor..ditemani oleh emakku..kebimbanganku..apa mungkin aku mempunyai sakit...yang aku sendiri tidak pasti...sayu..ak melihat wajah emakku...doakan anakmu ini...mudah2an...tiada sakit...anakmu ingin sihat...agar dapat membahagiakan mak dan abah....

Jika sakit ini...adalah nikmat Mu..aku terima Ya ALLAH...mudah2 an sakit ini dapat menghapuskan dosa2 ku  yang lalu...Alhamdlulilah..............

Ceritera Julai@7..

Bulan Julai......membawa seribu satu makna dalam hidupku....seribu pengertian...satu perubahan..satu kehidupan..satu kesedaran....satu perhubungan....juga satu hikmah yang begitu besar maknanya.......

Seawal bulan Julai..@7 ...aku dipertemukan dengan seseorang..dengan takdir Nya...kami berkenalan..salam perkenalan itu ku sambut dengan penuh rasa syukur...alhamdulilah...buat pertama kali nya..dengan izin ALLAH..aku mengenal erti sebuah CINTA..cinta yang hadir begitu indah kurasakan...sehingga berjaya membuka pintu hatiku yang selama ini belum pernah dapat menerima kehadiran seseorang lelaki...dia adalah yang pertama..dia yang pertama ada didalam hatiku...dia yang pertama aku cintai..setulus hatiku...sesetia yang aku mampu....tiada yang lain hanya dia..walau pelbagai KETIDAKSAMAAN yang hadir antara aku dan dia...bermula dengan rasa ragu untuk menerimanya..tetapi entah kenapa..aku berusaha juga menerimanya....mungkin ini yang pertama kali buat diriku...segala kekurangan aku terima..begitu singkat rasa nya perkenalan itu...tetapi terus sahaja dimulai dengan kisah cinta...sehingga aku bergelar kekasihnya....
Begitu asyik kami melayari manisnya sebuah percintaan itu...hingga terbuai.....melupakan kuasa ALLAH SWT yang Maha Berkuasa......hinggalah dugaan demi dugaan..melanda....menghambat...tekanan demi tekanan...masing2 saling menyalahkan...saling tidak memahami........akhirnya takdir ALLAH mengatasi segala2 nya.......
Perpisahan terjadi juga......tanpa terduga,..tanpa tidak disangka...dahulu CINTA begitu kuat.....begitu mudah dilafazkan......tetapi sekarang tiada lagi cinta...yang ada hanya kata2 hina,kata2 nista,perasaan benci,perasaan dendam....aku wanita lemah...hanya mengharapkan seorang lelaki yang boleh membimbingku...dunia dan akhirat...tetapi apakan dayaku........ini ketentuanNya,,,..disaat aku ingin berubah...disaat ini..kekesalan saja yang menemani hidupku....dan semua ini terjadi dibulan Julai...ALLAH,..begitu hebat perancangan MU ya ALLAH....

Hingga menyedarkan ku.......segala dosa2 ku...segala kekilafanku...biarlah aku yang dipersalahkan..biarlah aku saja yang menerima akibatnya...aku rela...aku hanya mampu berdoa,,,agar kemaafan yang aku pinta..dapat dimaafkan...biarlah dia bahagia ,walaupun tanpa aku disisi..doaku buat dia...yang sekarang ini kian menjauh.....

Perpisahan ini benar2 mengubah kehidupanku......mengubah segala2 nya........ALHAMDULILAH...walaupun pada awalnya,...begitu perit untuk ku terima...tetapi pada suatu hari ,aku seolah2 tersedar...aku dapat rasa hikmahnya...aku dapat rasa...Tuhan masih menyayangiKU...terima kasih Ya ALLAH....8@7 till 31@7......


Tangisan Taubat..

Setiap manusia memerlukan tangisan yang boleh meredamkan kejahatan dalam hati..Pada hakikatnya segala konflik yang berlaku dengan pasangan kita ,semuanya adalah berpunca daripada DOSA-DOSA kita yang lalu..Kita terlalu lalai menyemai cinta,melukis bahagia, menurut hawa nafsu, sehingga terlupa dengan kewajipan sebagai hamba ALLAH S.W.T,...lalu kita ditegur oleh ALLAH dengan cara NYA yang tidak di sangka-sangka...seperti menghadapi sikap pasangan yang mendera bukan hanya mental bahkan fizikal.Mula-mula hanya petengkaran kecil yang disambung dengan ugut mengugut, cela mencela, hina menghina...sampai akhirnya berlaku peristiwa hitam..menyayat hati....hingga menerbitkan luka di hati.......Hampir semua peristiwa yang dialami oleh kita itu, di susuli dengan kejahatan MULUT....dan akhirnya kerana mulut BADAN BINASA...

Maka kembali kepada Nya...sesungguhnya zikrullah dapat mengekang KEJAHATAN LIDAH...Ingatlah..jika lidah sentiasa sibuk dengan zikir pasti takkan sempat nak berkata-kata jahat...ALLAHUAKBAR....

Tangisilah SEGALA DOSA yang pernah dilakukan oleh TANGAN, KAKI,LIDAH, HATI DAN KEMALUAN kita....Tangisan ini lebih bernilai dari dunia dan seisinya.......Ketahuilah kamu,dengan bermunajat kepada ALLAH seraya menangisi kelalaian kita dapat memadamkan API NERAKA di akhirat kelak...Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada ALLAH"..........(Hadis riwayat Al-Tarmizi dan Imam Ahmad)

~Sesungguhnya aku manusia yang penuh dengan dosa......Alhamdulilah Ya Allah....Kau telah menyedar kan ku......Semoga tangisan taubat dari ku....dapat memadamkan api neraka kelak......InsyaALLAH.........Allahuakbar...~


Friday, August 5, 2011

REaliti Cinta............


Sedang aku berfikir akan sesuatu yang bernama CINTA...aku terbaca satu artikel.......

" Cinta memang indah. Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Anda begitu yakin bahawa tiada apa yang berlaku. Kusangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Anda dan pasangan mula bergaduh. Sedikit perselisihan faham dipendam begitu sahaja tanpa dikongsi kerana bimbang ianya akan merosakkan bunga cinta yang sedang berkembang. Akhirnya ia membesar dan tidak dapat dibendung lagi. Konflik pun berlaku. Anda mengatakan bahawa si dia telah berubah dan tidak lagi menyayangi anda. Si dia pula menyalahkan anda kerana tidak memahaminya. Akhirnya tercetuslah apa yang tidak diingini iaitu perpisahan atau penceraian.

Salah satu faktor konflik ini berlaku adalah kerana kegagagalan kita untuk memahami "bahasa cinta" pasangan kita sendiri. Kita tidak tahu perkara sebenar yang diinginkan oleh pasangan. Cuba banyangkan sebentar, mungkin konflik ini berlaku disebabkan pasangan anda seorang yang mempunyai kod Introvert. Introvert bermaksud, seorang seorang yang kurang menggemari aktiviti sosial. Pasangan anda lebih suka untuk menghabiskan kebanyakkan masanya dengan bersendirian. Bagi Introvert, berada di tempat yang mempunyai ramai orang agak merimaskannya.
Suatu hari pasangan anda yang pendiam ini pun balik dengan keadaan murung. Anda pun melihatnya. Anda ingin membantu, “Ada apa- apa tidak kena ke sayang?” Tetapi malangnya, anda tidak menerima sebarang respon. Si dia hanya menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Lalu anda merasakan bahawa pasangan tidak ingin berkongsi dengan anda. Perasaan terkilan ini disimpan. Lama-kelamaan ianya membesar dan mencetuskan konflik.
Tetapi sebenarnya tahukah anda bahawa pasangan bukan tidak mahu berkongsi? Si dia mempunyai gaya perilaku sebagai seorang Introvert. Si dia memerlukan ruang untuk dirinya berfikir tentang masalah yang berlaku. Sebagai seseorang yang memahami personaliti pasangan, anda akan tahu bahawa jika pasangan anda tidak ingin berkongsi bukan bermakna tiada lagi cinta antara anda berdua. Anda akan faham bahawa sebenarnya pasangan anda hanya mahu sedikit ruang untuk memikirkan masalah tersebut. Jadi, tiadalah perasaan terkilan -"petikan dari ebook personaliti Cinta-

Banyak kali kubaca...baru aku sedari....aku belum cukup mengenali seseorang yang aku sayang.....belum cukup mendalami dan memahami drinya......Mungkin disebabkan itu....pergaduhan sering terjadi...tiada lagi persefahaman...
Masing2 membawa diri.......Entah sampai bila...atau hanya aku yang masih mengharap...sedangkan kenyataan nya...ia SUDAH BERAKHIR..........aku tidak tahu........kerana jawapan yang belum pasti.......biarlah masa yang menentukan..........biar takdir menentukan segala2 nya.....ak pasrah,...........AJAL,JODOH DAN MAUT ditangan
 ALLAH...........kita manusia hanya mampu merancang........Sesungghunnya perancangan ALLAH maha hebat.........

~TERsEDAR........

Di bulan Ramadhan......hari berganti hari......alhamdulilah...ak peroleh kekuatan...walaupun kdg2 aku masih menangis,,,,,,,tibe2 ak rase aku kuat...keinginan untuk berubah begitu kuat.....setiap masa jika perasaan sedih itu datang aku beristighfar panjang...aku ingat setiap yang telah terjadi...tidak ingin aku mengulanginya lagi...aku belajar erti sabar...erti kasih sayang....hubungan ku dengan emakku semakin baik...alhamdulilah...tiada lagi persaan benci....perasaan dendam...perasaan marah...aku belajar semua itu..disaat aku kehilangan semuanya....
Begitu tenang aku rasakan.......mungkin ini hikmah nya.............
Aku sentiasa mengingatkan diriku.........pe yang berlaku...salah ku sendiri...pe yang terjadi...ini balasan atas dosa2 ku yang lalu.........terlalu banyak dosa...begitu kita leka dengan nikmat bahagia yang seketika...akhirnya...balasan ALLAH itu pasti...setiap balasan atau dugaan yang diberikan bukan bererti ALLAH zalim kepada umatnya.....tetapi kita yang menzalimi diri kita sendiri...aku sedar aku manusia lemah seringkali melakukan dosa...tetapi selepas pe yang berlaku...aku TERSEDAR...tersentak aku....satu persatu dosa2 ku yang lalu menghantui fikiranku....ALLAH.......ALLAH...ALLAH....ampunkan dosa2 ku Ya ALLAH......lindungi lah hambaMU ini dari segala kejahatan..tunjukkan jalan Mu Ya ALLAH...berilah hambaMU ini petunjuk.....jika perpisahan yang terjadi....memberi kebahagian yang berkekalan...aku rela.....walaupun begitu sakit, begitu perit...aku sanggup..jika ini takdirMU...berikan aku kekuatan untuk redha apa yang telah berlaku......
Tiada guna kita menyesali apa yang telah terjadi...tiada guna menyalahkan orang lain...kita sendiri kenal diri kita sendiri....ALLAH Maha Mengetahui,,,ALLAH Maha Adil....setiap perbuatan jahat akan dibalas...begitu juga setiap kebaikan...wlaupun sebesar zarah..pasti ada ganjarannya...ini janji ALLAH....

CINTA DAN ANUGERAH

Kau tempat ku mengadu hati...
Memberi segala hidup..
Dunia dan seisi nya milik MU..
Mencintai Mu sejati...

Ku manusia yang penuh DOSA..
Berharap ampunan MU..
Lihat di langit kesempurnaan hadir MU..
Kau cinta pertama dalam hidup...

ALLAHUAKBAR Maha Besar..
MemujaMu begitu indah...
Selalu kau berikan semua...
Kebesaran Mu...Tuhan.........

"Bahagia itu pasti hadir....jika Cinta yang dianugerahkan Tuhan itu...diredhai dan diberkati.............."

~Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.....................~





Wednesday, August 3, 2011

Hari ini 3 Ramadhan......sudah 3 hari seluruh umat Islam berpuasa......1 Ramadhan kusambut dengan linangan airmata........AIRMATA PENYESALAN...mungkin ini satu permulaan baru dalam hidupku....tersedar dari segala kekilafan lalu...terduduk aku.....menangisi satu kenyataan yang amat memeritkan........memilukan...kerana kesilapan diriku sendiri.......dunia kurasakan seolah2 hilang seketika....hidupku gelap...suram.....penuh penderitaan......aku hanya mampu menangis,....setiap masa aku merayu minta kesalahan dimaafkan......tetapi......hingga kini....tiada jawapan......diam seribu bahasa.....mugkin terlalu besar kesalahanku yang aku lakukan.......melukan hati semua orang........menyakiti perasaan semua orang.......mungkin tiada lagi maaf buat diriku....yang hina dan penuh dosa.....aku hanya mampu berdoa.....agar hatinya dilembutkan....untuk memaafkan ku.........insan yg dahulu dicintai dan disayangi sepenuh hati.........kini tidak lagi...........aku akan terus menanti...menunggu...untuk meminta maaf,untuk menebus segala dosa2 ku yang lalu...........moga masih ada ruang kemaafan buat diriku....yang hina.....yang penuh dosa ini.......

Terlalu hiba kurasakan........hari ini aku melihat ibuku...berdoa....manadah tangan....sambil menagis.....mengigil seluruh tubuhku,,,,,,,,melihat keikhlasan hati seorang ibu....yang tidak putus mendoakan kesejahteraan anaknya,,,,,aku memndang dengan penuh sayu.....berlari aku mendapatkan ibuku...aku memeluk ibuku.......kami saling berpelukan....menangis bersama.........kukesat airmata ibuku....ibuku berkata...'mak malu...mak sedih....begitu banyak dugaan yang menimpa kita...'aku terdiam...hanya mampu tunduk menagis......didalam hatiku berkata......semua yang berlaku...adalah salahku....ku akui semua salahku........betapa berdosa nya aku....melukakan hati ibuku,,,,,...kupeluk ibuku...ku berkata..mak...doakan orang mak.....maafkan orang mak...orang banyak dosa dengan mak...."

Ibuku bangun dan berkata.........xpela...tolong lipatkan mak punya telekung...lepas2 pergi buat air...sambil tersenyum.... aku bingkas bangun.....melakukan pe yg disuruh oleh ibuku.....sambil menangis......dan terus menangis....diluar.....cuaca begitu gelap.....mendung ........suram...........rintik2 hujan mulai turun....seolah2 memahami perasaanku.........airmata ku terus mengalir membasihi pipi.......

Sebentar kemudian abahku pulang......ku pandang wajah abahku....begitu keletihan sekali.....berpanas...menahan lapar dan dahaga...berpuasa....dalam usia separuh abad....abahku masih bekerja...........sayu ku lihat wajah abahku...setelah apa yang berlaku...tidak sekali aku melihat abahku menitiskan airmata....tapi kutahu....jauh disudut hati abahku......abahku bersdih...walaupun tidak diluahkan dengan kata2....tergambar perasaan sedih diwajah abahku........ kulihat abahku selalu termenung.....ditambah dengan sakit yang dihadapi oleh abahku...seringkali kudengar abahku batuk....kadang2....kelihatan seperti sedang menahan sakit.........aku hanya mampu memndang....dalam hatiku...berkata Ya Allah...betapa kejamnya aku....melukakan hati kedua orang tuaku......mak abah...ampunkan dosa2 anakmu ini.....'penyesalanku...mungkin tidak berguna lagi.......aku hanya ingin menggembirakan hati kedua orang tuaku.......ingin membalas jasa kedua orangtuaku.....Ya ALLAH...berilah aku kesempatan....untuk melakukan itu......'

Hari ini...ku berjanji akan berubah.....meninggalkan semua sikap burukku selama ini......menebus semua kekilafanku.......bertaubat....agar dosa2 ku diampunkan....Ya ALLAH.......aku berjanji kerana Mu...berilah aku kekuatan....berilah aku perlindungan agar aku tidak memungkiri janjiku......berilah aku petunjuk dan hidayah Mu Ya ALLAH....agar aku selalu berada dijalan yang Engkau redhai...........Alhamdulilah...Segala puji bagi Allah.........

'CINTAILAH SESEORANG ITU YANG MENCINTAI ALLAH YANG ESA'

' Boleh jadi kamu amat menyukai sesuatu hal itu....padahal ia amat buruk bagi mu..'
'Boleh jadi juga kamu amat membenci sesuatu itu....sedangkan ia amat baik bagimu..'
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui...
 




Tuesday, August 2, 2011

Kesunyian ini terlalu indah...Terlalu asyik untuk dihayati.....Walaupun pedih dan terluka..Sunyi ini pasti akan menemani...Walaupun pahit dan sengsara..sanggup ku tempuh..Kerana aku keseorangan,,,ak kesepian..KErana tiada siapa yg memahami apa yang kita rasakan selain diri kita sendiri..........Menangislah kuat2...supaya apa yang kamu pendamkan dapat diluahkan....luahkan jua sendu kecewa itu puas2 seolah2 tiada lagi peritnya....Kamu punya rasa..kamu punya hati..kamu yang menanggungnya,,,...hanya kamu sendirian yang mengetahuinya,..........
Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini.
Terlena, sungguh aku sering terlena pada pesona nafsu dunia dan diri. Aku ingin kembali, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahayaMu..
Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan akhir penantianku, setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu Ya Rabbi.
Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman. Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak putus pada Rahmat Mu,  melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan  Selawat yang menggema pada jagat raya Mu.

Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak  Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi.
Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami ya Rabbi..

“aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi.. .. “

Kisah si Rama-rama & Perjuangan Hidup nya,,,,,

Suatu hari, ada seorang budak lelaki  sedang memerhatikan seekor kepompong..
Didalamnya ada rama-rama  yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan
Kelihatannya begitu sukar

Budak lelaki tersebut merasa kesian kepada rama – rama tersebut
Dia ingin membantu rama-rama agar dapat keluar dengan mudah.
Akhirnya kanak-kanak  mengambil gunting dan membantu memotong
kepompong agar rama-rama dapat keluar dengan segera dan senang.
Alangkah senang dan leganya kanak-kanak tersebut.

Tetapi apa yang terjadi?
Rama-rama itu memang dapat keluar dari sana,
Tetapi rama-rama itu  tidak dapat terbang, dia hanya dapat merayap.

Apa sebabnya?
Rama-rama yang sedang berjuang dari kepompongnya tersebut,
Sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya, ada satu cecair didalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayapnya dapat mengembang sehingga ia dapat terbang.
Tetapi kerana tiada lagi perjuangan tersebut,  maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga  ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Kadangkala niat baik kita belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik.
Sama seperti pada sewaktu kita mengajar anak kita.
Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tetapi sebenarnya membuatkan mereka tidak berdikari
Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang. Memandulkan kreativiti

Kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesulitan,
Yang sebenarnya jika mereka berjaya mengatasinya, mereka akan menjadi KUAT.
Demikian juga pada sewaktu kita sedang berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuan kita.

Hidup penuh dengan PERJUANGAN.
Sering kali juga kita sering menyalahkan situasi yang kita hadapi,
Tetapi ternyata situasi itulah yang akan mendewasakan kita
Memang hidup ini suatu perjuangan...........kita tidak pernah merasa bahagia.............selagi kita tidak merasa betapa sakitnya penderitaan............moga perjuangan hidupku dapat aku teruskan..........hingga akhir nafasku...........................mudah2an..............insyaALLAH............bantulah hambaMu ini Ya ALLAH......tujukkan jalanmu...............