Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu…
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu…
kerna masakan Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu…
kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..
UJIAN ALLAH kepada hamba-Nya pelbagai; bukan saja kesusahan dan penderitaan malah jugs kesenangan dan kegembiraan. Bersyukurlah jika diuji dengan kesusahan, penderitaan, cabaran, masalah dan segala yang merumitkan kerana semua itu mendekatkan kita kepada-Nya. Bimbanglah dengan ujian kesenangan kerana ramai yang senang bukan sahaja lupa diri malah lupakan Illahi, nauzubillah!! ~ Puan Suzana Ghazali
SETITIS airmata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan mahupun segunung permata dan berlian.. Sesaat bersedih kerana mengharap keredhaan Allah Ta'ala, adalah lebih mulia dari selama mana bersedih kerana menagih simpati cinta manusia. ~Zurina Abdullah
SAIDINA ALI pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali : “Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.".........
No comments:
Post a Comment