Friday, December 2, 2011

CINTA

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah.. 

Pernahkah kamu merasakan bahawa kamu mencintai seseorang meskipun kamu tahu ia tak lagi sendiri dan meski kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas tapi kamu tetap mencintainya..

Pernahkah kamu merasakan bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai meski kamu tahu ia takkan pernah peduli ataupun ia peduli dan mengerti tapi ia tetap pergi..

Pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah..

Aku pernah..

Aku pernah tersenyum meski terluka kerana aku yakin Tuhan akan menjadikannya untukku..

Aku pernah menangis kala bahagia kerana aku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja..

Aku pernah bersedih kala bersamanya kerana aku takut aku akan kehilangannya suatu saat nanti..

Dan..

Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya kerana sekali lagi cinta tak harus memiliki dan Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku..

Aku tetap bisa mencintainya meskipun ia tak dapat aku rengkuh dalam pelukanku kerana memang cinta ada dalam jiwa dan bukan dalam raga..

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah dia seadanya..Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..Anggaplah dia manusia biasa kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya dan akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya..Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya… 

Semua orang pasti pernah merasakan cinta baik daripada ibu bapa, sahabat, kekasih dan akhirnya pasangan hidup..

Buat temanku yang sedang jatuh cinta, selamat kerana cinta itu sangat indah..
Semoga kalian selalu berbahagia..

Buat temanku yang sedang terluka kerana cinta..Hidup ini bagaikan roda yang terus berputar, satu saat kita akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sulit..tetapi keadaan itu bukan untuk selamanya, bersabarlah dan berdoalah kerana cinta yang lain akan datang dan menghampirimu..

Buat temanku yang tidak percaya akan cinta..buka hatimu, jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia, maka cinta akan membuat hidupmu bahagia..

Buat temanku yang mendambakan cinta..bersabarlah, kerana cinta yang indah tidak terjadi dalam masa yang singkat.. Tuhan sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..

Buat temanku yang gemar mempermainkan & mengkhianati cinta..Sesuatu yang begitu murni dan tulus bukanlah untuk dipermainkan.. Cinta bukan suatu kehampaan.. Semoga kalian berhenti mempermainkan cinta dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya..

Jadi hargailah dan nikmatilah CINTA yang ada kerana tidak ada sesuatupun di dalam dunia ini yang mampu membuatmu lebih bahagia daripada kebahagiaan yang didapati dari sebuah CINTA lebih-lebih lagi CINTA kepada Yang Maha Kuasa!!


"BUKAN SEMUA YANG MENGGEMBIRAKAN HATI KITA ADALAH BAIK UNTUK KITA..KADANG KALA YANG MENGGEMBIRAKAN ITU TERSEMBUNYI DERITA & BUKAN SEMUA YANG TIDAK MENYENANGKAN HATI ITU TIDAK BAIK UNTUK KITA KERANA MUNGKIN DI SITULAH LETAKNYA SEBUAH KEBAHagiaan.............:)

No comments:

Post a Comment