Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada air mata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlali pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat ~
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..
Hati dapat merahsiakan setiap kesedihan dan gundah gulana semata-mata kerana berselindung disebalik senyuman tetapi segalanya tidak dapat disembunyikan oleh pancaran mata yang tetap akan meyerlahkan apa jua yang tersirat di dalam hati...
Sekalipun hidup kita sering dihantui dengan keaiban yang lalu, jangan biarkan ia meragut kebahagiaan kini, belajarlah memaafkan diri kerana manusia memang tidak sempurna, sesungguhnya, Allah tidak melihat di mana kita bermula, Allah mahu melihat di mana kita berakhir.
aku insan kuat yang tidak gelincir di saat air mata membanjir,
aku bukan si lemah yang akan tersungkur apabila langkah kabur,
aku sangat kuat untuk mencari semangat baru bila kekuatan semalam mula layu,
dan aku akan berjaya mengharungi hari-hari yang tiba kerana aku insan yang tidak mudah putus asa!!!(katakan pada hati, bisikkan pada diri)
>> CINTA untuk yang BERHAK DAN LAYAK..<<
✿~ buat yang pernah merasa SAKIT DILUKAI..
✿~ buat yang pernah merasa sakit DITINGGAL pergi..
✿~ buat yang masih BERDARAH lukanya..
✿~ buat yang masih sembab dan BENGKAK matanya..
✿~ buat yang masih MENANGIS hatinya..
✿~ buat yang masih belum mampu MELEPAS pergi..
✿~ buat yang masih TERMENUNG dan merenung, menanti dan bersendiri..
✿~ buat yang MERASA..
✿~ buat yang MENGALAMI..
✿~ dan buat yang MEMERHATI..
>>> JUJUR, rasa ini mengajar kamu..jujur, rasa ini yang membuat kamu SEDAR..cintamu mungkin perlu kamu SIMPAN, BUKAN untuk DITAJA kepada ramai, bukan untuk insan yang BERHATI SAKIT..BUKAN CINTA MURAHAN..hanya buat yang LAYAK, hanya buat yang BERHAK..✿✿✿
No comments:
Post a Comment