Saturday, August 6, 2011

Tangisan Taubat..

Setiap manusia memerlukan tangisan yang boleh meredamkan kejahatan dalam hati..Pada hakikatnya segala konflik yang berlaku dengan pasangan kita ,semuanya adalah berpunca daripada DOSA-DOSA kita yang lalu..Kita terlalu lalai menyemai cinta,melukis bahagia, menurut hawa nafsu, sehingga terlupa dengan kewajipan sebagai hamba ALLAH S.W.T,...lalu kita ditegur oleh ALLAH dengan cara NYA yang tidak di sangka-sangka...seperti menghadapi sikap pasangan yang mendera bukan hanya mental bahkan fizikal.Mula-mula hanya petengkaran kecil yang disambung dengan ugut mengugut, cela mencela, hina menghina...sampai akhirnya berlaku peristiwa hitam..menyayat hati....hingga menerbitkan luka di hati.......Hampir semua peristiwa yang dialami oleh kita itu, di susuli dengan kejahatan MULUT....dan akhirnya kerana mulut BADAN BINASA...

Maka kembali kepada Nya...sesungguhnya zikrullah dapat mengekang KEJAHATAN LIDAH...Ingatlah..jika lidah sentiasa sibuk dengan zikir pasti takkan sempat nak berkata-kata jahat...ALLAHUAKBAR....

Tangisilah SEGALA DOSA yang pernah dilakukan oleh TANGAN, KAKI,LIDAH, HATI DAN KEMALUAN kita....Tangisan ini lebih bernilai dari dunia dan seisinya.......Ketahuilah kamu,dengan bermunajat kepada ALLAH seraya menangisi kelalaian kita dapat memadamkan API NERAKA di akhirat kelak...Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada ALLAH"..........(Hadis riwayat Al-Tarmizi dan Imam Ahmad)

~Sesungguhnya aku manusia yang penuh dengan dosa......Alhamdulilah Ya Allah....Kau telah menyedar kan ku......Semoga tangisan taubat dari ku....dapat memadamkan api neraka kelak......InsyaALLAH.........Allahuakbar...~


No comments:

Post a Comment