Tuesday, August 16, 2011

SATU keputusan bakal merubah masa depan. Pertimbangkan dgn rasional + mohon bantuan-Nya. Ada tikanya anda perlu mengalah utk menang di kemudian hari. Mengalah bukan bererti kalah sbb anda bkn gagal cuma blm berjaya. Muhasabah diri dgn sgl yg telah terjadi. Ambil pengajaran utk kecapi hikmah belakang hari! 



Jangan pernah biarkan diri kita untuk KECEWA! kerana semua itu akan merampas semua yang seharusnya kita miliki, bahkan apa yang pernah kita miliki. Sebab kekecewaan akan membuat kita malas untuk menjaga dan mencari.


JODOH dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Adakalanya, kita diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Kadangkala petunjuk dalam bentuk rasa hati. Jika dia pilihan anda, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik....tidak perlu dia disakiti...



DENGARLAH kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria ke 6 yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga anda dapat mengetahui perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa...

No comments:

Post a Comment