maafkanlah saya….
saya baru sedar bahawa saya tidak cukup layak buat anda.
saya tidak setanding untuk bergandingan dengan anda.
anda ibarat batuan istimewa yang bernilai, walhal saya hanya umpama sebutir pasir biasa.
saya dan anda = berbeza
inilah kenyataan yang harus saya terima seadanya.
ya Allah, kuatkanlah hati ini.
permudahkanlah perjalanan hidup hambaMu.
duhai hati, tabahlah menempuhi hakikat ini.
amin..
~Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita..~
Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..
No comments:
Post a Comment