Hari ini aku menonton sebuah cerita...kisah kehidupan....yang menyentuh hati..seringkali kita rase hidup kita susah..tetapi kita lupa ada orang yang lebih susah dari kita...
Kisah sepasang suami isteri...si suami cacat anggota kakinya...tidak mampu berjalan...terpaksa mengesot untuk berjalan...namun kecekalan hatinya...begitu kuat..walaupun begitu keadaan nya,,masih gigih...bekerja..mencari rezeki...untuk menyara keluarga...Dilahirkan cacat begitu...siapalah dia untuk menolak takdir ALLAH...dalam kepayahan kehidupan, mereka dikurniakan 6 orang cahayamata...seorang mempunyai masalah kesihatan...anak2 yang masih kecil ini,tidak mengerti apa2...dilahirkan kedunia...dengan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya....3 orang anaknya bersekolah...3 lagi masih kecil...bayangkan sahaja lah...bagaimana kehidupan mereka...isteri tidak bekerja...seorang suami yang cacat ini,mampu menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja menjual sayur2an...dengan hasil hanya RM10 sehari...Ya ALLAH..begitu cekal hati si suami ini...
Tidak sampai hati si isteri melihat keadaan suami nya...dengan hanya berbekalkan pendapatan yang tidak seberapa..dan juga bantuan yang sedikit...si isteri mengambil keputusan untuk bekerja...walaupun hanya bekerja kilang...dapat dia membantu suami nya....yang membuat aku terharu....si suami berkata...'Walaupun saya begini,tetapi jauh disudut hati saya, tida sampai hati melihat isteri saya bekerja untuk membantu saya...tetapi disebabkan isteri saya ingin juga bekerja,saya terpaksa izinkan dia bekerja....dan sememangnya saya begitu bersyukur mendapat isteri yang menerima saya, walaupun saya cacat begini,berjalan pun tidak mampu, dengan kepayahan hidup kami.....isteri saya setia bersama saya....diwaktu susah dan senang....alhamdulilah.."
Tersentuh aku mendengar kata2 itu,,,,,dan tiba2 aku teringat akan kisah lalu..........seseorang pernah berkata,kalau lah kita kahwin, awak Mesti Kerja....sebab saya xmampu..gaji saya kecil...........hmmmm...
Anak2 yang masih kecil ini jugalah yang menjadi kekuatan kepada suami isteri ini terus kuat....menempuhi hidup ini...mereka berusaha...untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik...walaupun dengan seribu satu kepayahan..mereka tidak pernah patah semangat....
Aku teringat kepada seseorang..yang begitu takut menghadapi kehidupan....seringkali berfikir perkahwinan jika tidak mempunyai harta yang banyak, dan tidak mampu, pastinya hidup tidak akan bahagia....emmm
Kisah ini, benar2 memberi makna buat diriku....ingatlah...walaupun kita rasa diri kita susah, kita terlupa bahawa ada orang yang lagi susah dari kita.........tetapi mereka tidak pernah merungut, tidak pernah berhenti berusaha..dan yang paling penting...mereka tidak pernah takut untuk menghadapi kehidupan ini, walaupun mereka tahu mereka susah, mereka tidak mampu, tetapi mereka sedar............ada Allah...yang sentiasa membantu mereka, ada ALLAH yang sentiasa memberi rezeki kepada mereka....ada ALLAH yang sentiasa mendengar doa2 mereka...ada ALLAH yang akan melindungi mereka...........ada ALLAH.. tempat mereka meminta...berdoa...dan ada ALLAH disetiap masalah mereka yang pastinya akan memberi jalan keluar serta
penyelesaiannya.................:)
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya...
* Kisah ini mngajar kita semua, cintailah seseorang bukan kerana rupanya...bukan juga kerana hartanya...cintai lah seseorang itu seadanya...menerima segala kekurangan...cinta itu akan hadir dari ALLAH....Cinta begini cinta yang diredhai ALLAH...................;)*
No comments:
Post a Comment