Monday, October 10, 2011

Berapa ramai insan di luar sana yang melakukan dosa tetapi dibiarkan hati lazat merasa dosa-dosa itu seakan perkara itu halal? Bersyukurlah jika Allah telah menolong anda untuk sedar, jika tidak mungkin anda salah seorang pewaris maksiat tanpa sedar. Terima kasih Alllah, nikmat itu cukup besar..


Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAH!


Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12


“Hidup ini merupakan satu peperangan. Peperangan menentang nafsu sendiri. Peperangan menentang tentera tanpa tujuan yang dikepalai syaitan. Peperangan mempertahankan iman. Peperangan menentang dakyah songsang. Semestinya dalam peperangan akan ada kesakitan, kelukaan, kesedihan, kepayahan, pengorbanan, ketidaksempurnaan, kepenatan dan kekecewaan. Dan kerana itu jugalah peperangan itu sangat berharga yang adakalanya dibayar dengan darah dan pedang jika meja rundingan dinafikan. Moga kitalah mujahid dan mujahidah yang berani itu, insyaAllah.” - akucintaallah




“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sudah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku...

Aku sering berjanji di depan-Mu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untuk-Mu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azab-Mu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentang-Mu"

No comments:

Post a Comment