Wednesday, October 26, 2011

Kisah Kehidupan.....

Hari ini aku menonton sebuah cerita...kisah kehidupan....yang menyentuh hati..seringkali kita rase hidup kita susah..tetapi kita lupa ada orang yang lebih susah dari kita...

Kisah sepasang suami isteri...si suami cacat anggota kakinya...tidak mampu berjalan...terpaksa mengesot untuk berjalan...namun kecekalan hatinya...begitu kuat..walaupun begitu keadaan nya,,masih gigih...bekerja..mencari rezeki...untuk menyara keluarga...Dilahirkan cacat begitu...siapalah dia untuk menolak takdir ALLAH...dalam kepayahan kehidupan, mereka dikurniakan 6 orang cahayamata...seorang mempunyai masalah kesihatan...anak2 yang masih kecil ini,tidak mengerti apa2...dilahirkan kedunia...dengan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya....3 orang anaknya bersekolah...3 lagi masih kecil...bayangkan sahaja lah...bagaimana kehidupan mereka...isteri tidak bekerja...seorang suami yang cacat ini,mampu menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja menjual sayur2an...dengan hasil hanya RM10 sehari...Ya ALLAH..begitu cekal hati si suami ini...

Tidak sampai hati si isteri melihat keadaan suami nya...dengan hanya berbekalkan pendapatan yang tidak seberapa..dan juga bantuan yang sedikit...si isteri mengambil keputusan untuk bekerja...walaupun hanya bekerja kilang...dapat dia membantu suami nya....yang membuat aku terharu....si suami berkata...'Walaupun saya begini,tetapi jauh disudut hati saya, tida sampai hati melihat isteri saya bekerja untuk membantu saya...tetapi disebabkan isteri saya ingin juga bekerja,saya terpaksa izinkan dia bekerja....dan sememangnya saya begitu bersyukur mendapat isteri yang menerima saya, walaupun saya cacat begini,berjalan pun tidak mampu, dengan kepayahan hidup kami.....isteri saya setia bersama saya....diwaktu susah dan senang....alhamdulilah.."

Tersentuh aku mendengar kata2 itu,,,,,dan tiba2 aku teringat akan kisah lalu..........seseorang pernah berkata,kalau lah kita kahwin, awak Mesti Kerja....sebab saya xmampu..gaji saya kecil...........hmmmm...

Anak2 yang masih kecil ini jugalah yang menjadi kekuatan kepada suami isteri ini terus kuat....menempuhi hidup ini...mereka berusaha...untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik...walaupun dengan seribu satu kepayahan..mereka tidak pernah patah semangat....

Aku teringat kepada seseorang..yang begitu takut menghadapi kehidupan....seringkali berfikir perkahwinan jika tidak mempunyai harta yang banyak, dan tidak mampu, pastinya hidup tidak akan bahagia....emmm

Kisah ini, benar2 memberi makna buat diriku....ingatlah...walaupun kita rasa diri kita susah, kita terlupa bahawa ada orang yang lagi susah dari kita.........tetapi mereka tidak pernah merungut, tidak pernah berhenti berusaha..dan yang paling penting...mereka tidak pernah takut untuk menghadapi kehidupan ini, walaupun mereka tahu mereka susah, mereka tidak mampu, tetapi mereka sedar............ada Allah...yang sentiasa membantu mereka, ada ALLAH yang sentiasa memberi rezeki kepada mereka....ada ALLAH yang sentiasa mendengar doa2 mereka...ada ALLAH yang akan melindungi mereka...........ada ALLAH.. tempat mereka meminta...berdoa...dan ada ALLAH disetiap masalah mereka yang pastinya akan memberi jalan keluar serta
penyelesaiannya.................:)

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya...



* Kisah ini mngajar kita semua, cintailah seseorang bukan kerana rupanya...bukan juga kerana hartanya...cintai lah seseorang itu seadanya...menerima segala kekurangan...cinta itu akan hadir dari ALLAH....Cinta begini cinta yang diredhai ALLAH...................;)*



Tuesday, October 25, 2011

.......SeMpURNa.........


Aku ingin mengenalmu dengan sempurna
Tanpa bercinta yang saat ini perkara biasa orang lain lakukan. Cukuplah aku mengenalmu melalui murabbi dan keluarga. Kerana pernikahan adalah proses pengenalan yang berkesinambungan. Pernikahan bukanlah akhir bagi sesuatu perkenalan, namun sebenarnya awal  dari perkenalan. Aku memang tidak mengenalmu, namun aku akan berusaha mengenalmu semampuku, setelah kita halal untuk saling mengenal.
Aku ingin melamarmu dengan sempurna
Tanpa pertukaran hadiah valentine’s day terlebih dahulu seperti yang orang lain . Cukuplah aku sekadar hanya mengenalkan diriku dan keluargaku kepada keluargamu. Semoga tercipta keharmonian kerana menghormati kesucian pernikahan. Aku memang tidak mampu memberikan banyak harta untuk melamarmu, namun aku berjanji untuk berusaha mencari harta semampu kita. Harta yang halal untuk kita gunakan bersama.
Aku ingin menikahimu dengan sempurna
Tanpa terlalu banyak kemeriahan yang mendekati kenikmatan dunia. Cukuplah rasa bahagia yang menyelimuti keluarga, sanak saudara, sahabat, serta kita berdua khususnya, menjadi keriangan tersendiri, dalam haru yang tercipta berjaya mendirikan sebuah lagi masjd. Aku memang tidak mampu untuk memberikan kemewahan pada hari pernikahan kita, namun aku berjanji akan selalu membuatmu bahagia di hari-hari setelah pernikahan kita. Sesungguhnya pernikahan bukanlah fasa terakhir dalam perjalanan hidup kita, namun gerbang awal untuk membuka salah satu jalan menuju Syurga-Nya.
Aku ingin mencintaimu dengan sempurna
Tanpa banyak kata yang membalut kebohongan belaka. Cukuplah rayuan dan gurauan ringan untuk menghiasi pernikahan kita. Aku memang tidak pandai merangkai kata romantis selalu untuk mu, namun aku tahu bagaimana menjaga kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu perlu disanjung puja, bukan pula berada di bawah kaki untuk dipijak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu ku cinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.
Aku ingin hidup bersamamu dengan sempurna
Tanpa banyak terpengaruh perkara yang menimbulkan perselisihan antara kita berdua. Cukuplah atas nama Allah segala tingkahlaku kita, disertai Al-Qur’an penerang jalan hidup kita, dan Al-Hadis pengiring liku hidup kita. Aku memang tidak dapat membuatkan mu bahagia selalu, namun aku berjanji untuk selalu ada dalam setiap suasana keadaan dan perasaanmu. Aku ingin menyediakan bahu dalam kesedihanmu, menjadi ubat penenang dalam kerisauan mu, serta melebarkan pangkuan di saat kelemahanmu.
Aku ingin memperoleh keturunan darimu dengan sempurna
Tanpa ego yang menaungi diri masing-masing, kita berdua membicarakan persetujuan dalam perancangan. Cukuplah kita berdua yang tahu akan keinginan dan kemampuan kita. Melalui mu, lahirlah buah hati kecil pelengkap hidup kita. 
Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan  sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.

Janganlah kau pergi kerana aku tidak sempurna....tetapi apakan dayaku.....kau tetap pergi................pergilah...ak tidak mengharapkan mu lagi..............semoga bahagia mengiringi pemergianmu...

Monday, October 24, 2011

orang yang bersamanya "ada" Allah...apabila datang masalah...dia akan SABAR..dan yakin bhawa masalah yang datang tu...dari Allah...dan Allah jugalah yang akan menyelesaikannya.....

orang yang tidak ada kebersamaan Allah bersama dia...apabila datang masalah...dia akan rasa sempitnya dada...dan berputus asa...



Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

Sunday, October 23, 2011

Katakan dengan keyakinan (utk lelaki) :
(¯`*•.¸ஜTak akan ku biarkan wanita yang ku cintai bergelumang dalam dosa, bahkan tak akan ku biarkan sedikit pun mahkota kemuliaannya retak hanya kerana secuil nafsuku. Biarlah kesabaran terasa pahit, ketika akan buah itu masak aku akan segera memetiknya agar ia tidak terjatuh dan menjadi busukஜ¸.•’´ ¯)............



Semoga ak akan berjupe dgn lelaki ini...............semoga dia adalah jodohku...........InsyaALLAH...........

Saturday, October 22, 2011

dengar lah wahai hati yang terluka
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



✿~ Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku..
✿~ Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahadahmu, maafkan aku..

Sungguh, itu semua BUKANLAH NIATKU..

>>> Ya Allah, ku akui KELEMAHAN dan KESILAPANKU..andai pernah diriku menjadi PUNCA jauhnya seseorang hamba daripadaMu, AMPUNIKU ya Allah..



"Jika ada sesiapa pinta Cintamu, katalah ia untuk ALLAH, Rindumu untuk RASULULLAH dan Kasihmu untuk IBUBAPAmu..tapi jika dipinta Keikhlasanmu berilah pada yang tahu Menghargainya."


wahai hati yang rapuh,
jangan bersedih jika kau dilukai..
kerana ia adalah ubat ketabahan.
yang disaluti iman dan taqwa..

dengarlah sahabatku..yang pilu hatinya..

"Muslimat yang suci adalah muslimat yang dijaga oleh Allah, tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya kerana Allah teramat menyintainya. Tapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijagaNya. Mengapa perlu ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari."

wahai hati yang rapuh..
apa khabar jodohmu hari ini?
adakah dia bersedia memimpinmu ke jannah
yang panjang perjalanannya..
tak terduga payahnya..

wahai hati yang rapuh..
serahkan segala pada Al-Malik
kerna Dia lebih berhak..
percayalah..insan yang ditakdirkan untukmu,
juga sedang menanti dirimu,serinkandi syurganya..

semoga hatimu luhur mengejar cinta Ilahi..

Friday, October 21, 2011

Ketika Hati sedang Marah...


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita...
Sumber : Aku islam.com..:)

~ Aku hilang sesuatu yang aku sayang kerana aku gagal mengawal kemarahanku....Kini jarak begitu jauh tercipta antara aku dan dia.....Mungkin ini takdir ALLAH.......kerana dia yang lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNya...pasti ada hikmah disebalik semua ini...............~

Thursday, October 20, 2011

Kisah Cawan yang Cantik...


Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Sepasang datuk dan nenek pergi ke sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Wah! Inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan berkata-kata.

"Terima kasih kerana tertarik denganku. Perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seseorang dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop! Stop! Aku berteriak.

Tetapi orang itu berkata, 'Belum!' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang kali. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi dia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas! Teriakku dengan kuat. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata, 'Belum!'

Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Akan tetapi, sangkaanku meleset. Setelah sejuk, aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mula mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak. Wanita itu berkata, 'Belum!'

Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke dalam api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku", aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berdekatan kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Pengajaran

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan terjerumus ke lembah dosa. Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati kerana Allah sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan. Tetapi setelah semua proses itu selesai, kita akan dapat melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan akhirat kelak....



~SEMOGA AKU TABAH MENJALANI KEHIDUPAN INI.............INSYa ALLAH...............~





KeRAna nama..

ARrFAH bererti yang tinggi dan mulia....AFRINA pula bererti yang putih kemerah-merahan.....:)

Wednesday, October 19, 2011

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka..


"Pilihlah jodoh dengan 2 cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik kerana Allah tidak mengiziknkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk menjadi pasangan hidup kita",,,


‎"Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke ke semasa",,,,,,,,,,,


Ya Allah...

Ketika ku katakan : Hamba disakiti
Engkau menjawab : "... janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah" (QS 39:53)

Ketika ku katakan : Tak ada yang mengerti kegalauan hati hamba
Engkau menjawab : "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (QS 13:28)

Ketika ku katakan : Begitu banyak orang yang menyakiti hamba
Engkau menjawab : "Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka..." (QS. 3:159)

Ketika ku katakan : Hamba sangat kesepian
Engkau menjawab : "Kami lebih kepadanya daripada urat lehernya." (QS. 50:16)

Ketika ku katakan : Dosa hamba melimpah
Engkau menjawab : "...dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah." (QS. 3:135)

Ketika ku katakan : Jangan tinggalkan hamba
Engkau menjawab : "Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu" (QS. 2:152)

Ketika ku katakan : Masalah hamba sangat banyak
Engkau menjawab : "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar." (QS. 65:2)

Ketika ku katakan : Impian hamba banyak yang tidak menjadi nyata
Engkau menjawab : Berdo'alah kepada-Ku,niscaya akan Ku-perkenankan bagimu" (QS. 40:60)

Ya, Allah...
Bagaimana mungkin hamba-Mu yang hina ini tidak mencintai-Mu sepenuh jiwa dan raga?

I LOVE ALLAH ♥

Monday, October 17, 2011

Kerana dia hanya Insan Biasa......



Aku share cerita ni dari fb dunia mcam2.........sangat menarik cerita ini.........hampir aku menangis saat aku membacanya........

 Kisah BERMULA/......dengan pertanyaan mengapa kamu memilih dia menjadi suamimu?

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat�ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini
selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.
Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. �Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu
(benar-benar sibuk).
Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That’s all……Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.
Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.
Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.
“Aku tak boleh tidur.” Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.
“Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.”

“Ya.. ya.” Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu
yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi
bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
“Kenapa kamu memilih dia?” Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.
Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh…, dia malah ketawa geli hati.
“Buka aja.” Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. …….
“Teruknya dia ni.” Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu persatu kalimat di atas, di barisan paling atas. Dan sampai saat ini saya masih hafal kata-katanya. Begini isi surat tersebut…

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
********* ********* ********* ********* ******* Kepada Yth ………
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu’alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ………… … menginginkan anda ………… …untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.
Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
biasa. Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu’alaikum Wr Wb
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat ‘lamaran’ yang begitu indah.
Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
“Kenapa kamu memilih dia……?”
“Kerana dia manusia biasa……. ” Dia menjawab mantap. “Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.
Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.”
“Maksudnya?”
“Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak…. Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.
“Ssttt…… .” Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.
Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
“Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama.” Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
“Gik…..?”
“Tidur…… Dah malam.” Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.
Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapisebuah ‘proses usaha’. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan ‘nama’.
Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.
Ketika segala yang ‘melekat’ pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.
Maka semua menjadi indah.
Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa)............


* Mampukah aku mendapat cinta yang sebegini.........Ya ALLAH...Aku hanya mampu berdoa kepada Mu.................:)...*

Friday, October 14, 2011

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah ayat 286)................




Semoga aku terus kuat..........walaupun kadang2 ak rase ak dh xmampu lagi..........huhu


When you cry, u're strong enough to show ur heart,
When you cry, u're great enough to hide ur madness,
After you cry, u'll feel a great relieve,

So, just cry when you feel like to..
never let your heart hurts :)
Ur lover always be your side.





P/S : Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi............

Thursday, October 13, 2011

Kata-kata motivasi : MENGAPA... 


 - Mengapa harus lari, jika kau belum mencuba untuk menghadapinya.
 - Mengapa harus menyerah, jika belum mencuba untuk berjuang.
 - Mengapa harus mengeluh, jika kau belum mencuba mengerjakan sesuatu yang kau keluhkan.
 - Mengapa harus lari dari tanggungjawab, jika kau tahu bahawa kaulah yang benar.
 - Mengapa harus bersedih, jika masih ada begitu banyak kegembiraan. 
 - Mengapa harus bersaing, jika kau belum mencuba untuk bekerjasama.
 - Mengapa harus mengeluarkan begitu banyak amarah, jika kau tahu perkara itu akan menyakitkan orang lain.
 - Mengapa harus mencari keburukan orang lain, jika kau memiliki banyak keburukan dalam dirimu sendiri.
 - Mengapa harus berdiam diri, jika kau dapat mengerjakan sesuatu yang bererti.
 - Mengapa harus mengkhuatirkan jalan hidupmu, jika masih banyak waktu yang berada didepanmu
 - Mengapa harus takut akan kematian, jika kau tahu kematian tidak dapat kau hindari............


Kita harus........


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..