'" Malam-malam aku sendiri....TaNpa cinTA mu lagi....HaNya satu KEyAKINANku...BiNTAngkan BersiNar...MENerangi HIDUPku...Bahagia kan Datang..InsyaALLAH.......:)..."
Tuesday, January 31, 2012
Kalau sudah tidak suka tidak perlulah berkata apa-apa. Usah diburukkan, dimalukan atau diperkecilkan. Tidak hina seorang insan hanya dengan kata-kata dan tidak mulia pula seorang insan yang berkata-kata. Setiap orang punya kekurangan dan diri kita juga tidak terkecuali. Hari ini kita buka aib orang esok lusa Allah buka aib kita pula bagaimana? Fikir-fikirkan dan sebarkan. ~ Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Monday, January 30, 2012
~ ✿ Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Jika wanita berpurdah yang dicari, ia bukan saya..
~ ✿ Tetapi jika ingin mencari wanita yg hendak dibimbing, ia adalah saya..........insan hina.yg mengharap keampunan dari ALLAH S.W.T............
Jiwa Harus Tenang...
Harus ada rasa bersyukur,
Di setiap kali ujian menjelma,
Itu jelasnya membuktikan,
Allah mengasihimu setiap masa,
Di uji tahap keimanan,
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan,
Hanya yang terpilih sahaja,
Antara berjuta mendapat rahmatnya,
Allah rindu mendengarkan,
Rintihanmu berpanjangan,
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi,
Segala ujian diberi,
Maka bersyukurlah selalu..
Sunday, January 29, 2012
❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤
❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah
❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...
❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku
❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai
❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu...........

Saturday, January 28, 2012
JANGAN KERANA KEKURANGAN SESEORANG kita terus menghukum dan melabelkan mereka buruk. Selamilah hati mereka,masuklah dalam kehidupan mereka kerana Allah dan pasti Allah juga akan BERLEMBUT dengan kita sebagaimana kita berlemah lembut dengan hamba-hambaNya yang masih melangkah untuk mengenali DIA. Jangan mudah menghukum sesuka hati... insafilah diri kerana kita juga bukan sesiapapun dan apa yang hebat sangatnya tentang diri kita jika kita mati hanya kain putih yang sama juga membaluti dan diusung orang juga untuk dibawa pergi kekuburan.- Syed Johan Mustaqqim
Friday, January 27, 2012
INGAT 1
Ingatlah kebaikan orang kepada kita.
Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.
Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.
Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?
Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?
LUPA 1
Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.
"Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!" kata si sombong.
"Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku", ungkit si dia.
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)
Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.
Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.
INGAT 2
Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.
Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.
Kenangkan ia, ingatkan selalu.
Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.
Istighfar selalu... kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.
Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.
Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.
LUPA 2
Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.
Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.
Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.
Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.
MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF
Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?
Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.
Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.
"Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku"
Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.
Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.
Maafkan aku, hamba yang berdosa.
Moga ada sinar bahagia, di hari muka...........................
Wednesday, January 25, 2012
“Setiap. Orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”........................................
Harapan seorang wanita :
Aku mencari yang boleh memimpin BUKAN yg suka menuding,
Aku mencari yang pegang pada janji BUKAN yg suka berlari,
Aku mencari cinta yg hakiki BUKAN cinta yg buat aku susah hati...
Kerana Aku akan beri yang TERBAIK untuk dirimu yang berjaya membuka hatiku. Berjanjilah setiamu kerana agamaku

Monday, January 23, 2012
“sesetengah perkara itu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan “
bukan mudah.
namun bila itulah ketetapan Tuhan
dan itulah kehendak dari aturan-NYA.
maka belajarlah walau penuh kesusahan dan kepayahan.
relakanlah walau diiringi air mata,
dan lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan.
selagi kita tak redha,
hati tak akan tenang.
jiwa tak akan bahagia.
sebab itulah,
cara terbaik untuk melupakan?
adalah dengan redha.
relakan apa yang SUDAH berlaku.
bila kita relakan,
hati akan tenang,
perlahan-lahan kita akan belajar menerima hakikat,
bahawa itulah yang dikehendakiNYA.
dan pada akhirnya nanti,masa akan membuat kita lupa.”
— (via tersenyum-melihat-langit

Saturday, January 21, 2012
“bukan senang nak cari sahabat yg betul2 shbt,
kebanyakannya, hanya ada bila ada kepentingan,
ayat2 manis, muka2 comel semua ada time perlu,
time tak perlu,pandang pun xnak, apatah lg berhubung…
biarlah apa yg orang nak buat pd kita,
semua tu hanya ujian Allah bg nak uji iman kita,
sbb antara kita, bkn semuanya sempurna,
dan biarlah apa yg orang nak buat pd kita,
sbb fungsi kita membantu dan memberi selagi mampuuu,
takpe, pahala kita dpt tlg org kan.. :)
bila terlalu hrp dan bergantung pd manusia,
kita akan rasa jatuh dan lemah,
sedangkan ALLAH, sekalipun x pernah tinggalkan kita,
sekalipun x pernah,cuma kita, yg selalu lupakan Allah :(
jgn risau, dlm ramai2 org dlm dunia ni, Allah dah hadirkan ramai lg syg kita,
ramai lg concern fasal kita, ramai lg yg ikhlas dan jujur berkwn dgn kita..
hargai mrk sebaik2 mungkin..”........................................:)
Thursday, January 19, 2012
♥ WAHAI HATI ♥
Ketahuilah olehmu...
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....
Pasangan bahagia itu bukan tidak pernah bergaduh, cuma mereka tidak pernah berdendam, tidak mengungkit, tidak mengadu masalah rumahtangga pada orang lain, terus berusaha untuk saling menyayangi, sentiasa memaafkan kesilapan masing-masing dan sentiasa menjaga aib masing-masing.. Dengan mengetahui makna kebahagiaan seperti ini, InsyaAllah hubungan kita dengan orang tersayang sentiasa bahagia, diberkati, diredhai kekal hingga ke syurga Ilahi..............
♥ Kadang-kadang sangkan kita tidak semestinya tepat ♥
♥♥ Kawan yang kita sayangi mungkin selalu menikam kita dari belakang tanpa kita sedari ♥♥
♥♥ Insan yang kita anggap musuh mungkin selalu membantu kita tanpa kita sedari♥♥
♥♥ Insan yang melukai kita mungkin lebih terluka atas kata-kata atau perbuatan kita tanpa kita sedari ♥♥
♥♥ Insan yang kita anggap kawan mungkin akan melarikan diri sewaktu kita berada dalam kesusahan & amat memerlukannya ♥♥
♥♥ Insan yang kita anggap musuh mungkin juga akan datang membantu kita tanpa dipinta & tanpa mengharapkan balasan sewaktu kita dalam kesusahan ♥♥
♥ ♥ ♥ Jadi, janganlah kita sayangkan orang lain 100% & janganlah kita membenci orang lain 100% kerana kita bukan insan sempurna, semua orang tidak sempurna!!! ♥ ♥ ♥
* Pesan buat wanita yg masih belum bertemu calon :Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki yang mencemarkan maruah diri.....
LELAKI yang baik....adalah lelaki yang menjadikan seorang perempuan sebgai ISTERINYA....bukannya sebagai teman maksiatnya.....bukan pula teman untuk bergurau senda yang tidak halal baginya.......................ingatlah wahai wanita...........huhu
"...Tidak salah memilih untuk bersendirian..kerana mungkin akan bertemu dengan ketenangan..tetapi jgn biarkan ia hanyut dibawa arus perasaan, kerana bila bersendirian, kita akan sentiasa memikirkan yang bukan-bukan..oleh itu, pastikan bila kamu sendirian..ada Allah sebagai peneman sepanjang perjalanan..."
Bila aku sedih , aku menangis untuk lebih tenang . .
Bila aku marah , aku menangis untuk redakan rasa itu . .
Bila aku terasa hati , aku menangis supaya aku tak buat dosa dengan mengumpat .
Bila aku rasa benci , aku menangis supaya aku benci akan perbuatan aku sendiri..
Bila aku buat dosa , aku menangis kerana aku buat Allah murka . .
... ... ...
Ya Allah , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . .
Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . .
Terima kasih kerana beri nikmat 'menangis' ini untuk hamba-Mu lebih dekat
dengan-Mu . .
Alhamdulillah..
Dunia ini persinggahan sesaat, dan akhiratlah tempat yang akan kita huni selamanya. Jadikan dunia ladang berbenah dan mengais bekal kehidupan di akhirat, dan jangan jadikan akhirat sebagai pelaris dunia Anda.
Allah Azza wa Jalla berfirman : “Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan?” (QS. Huud: 15-16)

Wednesday, January 18, 2012
awk..
kalau satu hari kau menangis..bgtau aku..aku tak janji nak buat kau tersenyum..
tapi aku boleh menangis bsama kau..
kalau satu hari kau ada masalah..kau bgtau aku ea..aku tak janji nak bagi penyelesaian..tapi kau boleh kongsi dengan aku..
kalau satu hari kau nak pergi bjalan-jalan..bgtau aku..aku tak janji nak halang kau..tapi aku boleh teman kau..
kalau satu hari kau perlukan seseorang utk mdengar cerita kau..aku janji aku akan ada utk kau..
tapi kalau satu hari kau perlukan aku..dan aku tiada, maaf ea..bukan aku tak sayang..tp kerna ALLAH swt lebih mmerlukan aku..
Tanda Allah sayang pada setiap hamba-hambaNYA....
Adalah memberikan ujian untuk menguji keimanan dan kesabaran,
Setiap dugaan adalah membentuk jiwa yang kuat dan tabah...
Yang baik hanya daripada ALLAH,
... ... yang buruk dari kesilapan kita sendiri,
Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA melainkan hamba-hambaNYA sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri...
Ya Allah kau tunjukilah kami ke jalan orang yang soleh ...
YOU SHOULD EVER DO ABOUT IT...
~~1) ADMIT IT
... ... ~~2) LEARN FROM IT and
~~3) DON'T REPEAT IT
~~in a simple word: ----->>>> TAUBAT

P/S : WHEN YOU MAKE A MISTAKE...
THERE ARE ONLY 3 THINGS..YOU SHOULD EVER DO ABOUT IT...
~~1) ADMIT IT
... ... ~~2) LEARN FROM IT and
~~3) DON'T REPEAT IT
~~in a simple word: ----->>>> TAUBAT
Tuesday, January 17, 2012
Kisah seorang pemuda yang sedang dirundum berbagai masalah, sehingga menjadikannya putus harapan. Seharian dia duduk termenung meratapi kesedihannya.Tidak jauh dari situ ada seorang tua yang memerhatikan pemuda yang dalam kesedihan itu.
Maka dihampirilah pemuda itu dan berkata “anak muda apa yang sedang kamu fikirkan sehingga membuatkan kamu menjadi lemah dalam kesedihan?”
Pemuda itu menjawab “Apa pakcik peduli! pakcik tidak akan mungkin dapat merasakan apa yang saya alami saat ini…!”
Dengan sabar orang tua itu berkata “Nak… memang pakcik tidak dapat merasakan beratnya beban yang ada dalam hati dan fikiran kamu, tetapi pakcik hanya ingin menjemput kamu untuk minum bersama di rumah pakcik… ayuh nak?”
Sesampainya di rumah, orang tua itu membawakan segelas kopi panas dan diberikan kepada pemuda tadi “silakan minum..” kata orang tua itu.
Dan tanpa segan silu lagi pemuda itu meminumnya dan setelah meminum kopi tadi pemuda itu berkata dengan marah “cuah….pahit sekali kopi ini, apa maksud pakcik?!”
Orang tua itu hanya tersenyum “sekarang bawa kopi pahit yang kamu minum tadi setelah itu campurlah kopi itu dengan air tasik yang ada di belakang rumah pakcik ini” perintah orang tua itu.
Semakin tidak mengerti pemuda itu tetapi dia menuruti perintah pakcik itu.
Kemudian orang tua itu berkata “sekarang kamu minum air tasik yang telah kamu campur kopi pahit itu”
“Masih berasa pahitkah air yang kamu minum ?” kata orang tua itu lagi.
“tidak …. yang ada hanya rasa tawar” jawab pemuda
Dengan tanda tanya ” apa maksud dari semua ini” kata pemuda itu lagi.
Dengan tersenyum, pakcik itu memberikan penjelasan:
” Jika hati kita seperti cawan maka kita tidak akan pernah boleh menerima kenyataan dan masalah hidup yang datang silih berganti,sebab ukuran cawan untuk menerima sesuatu itu adalah terbatas. Kadangkala pahit dan kadangkala pula manis.
Akan tetapi kalau mempunyai hati yang luas seperti tasik, kita akan selalu menerima kenyataan yang kadangkala pahit dan menyakitkan dengan berlapang dada.. Kepahitan sesuatu masalah tidak akan merosakkan hidup kita..”
Secara teori memang senang untuk menjadikan hati yang luas yang selalu menerima apa adanya tetapi dalam kehidupan yang sebenarnya sangatlah sukar. Walaupun begitu kita perlu berusaha untuk belajar agar diri kita terlatih dalam menghadapi masalah kehidupan. Semoga kita di beri keluasan hati oleh Allah bukan hati yang sempit seperti cawan, tetapi lebih dari itu..............
Thursday, January 5, 2012
Pengubat Hati Sedih
TAHUKAH KITA? Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.
Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.
Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.
Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.
Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.
INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.
Orang kata , semakin banyak kau beriman..
”Kau akn diuji terus bertubi-tubi..”
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
”Kau akn terus berdepan dengan masalah..”
Ini semua benar.. Menjadi org yg baik bukan senang..
Sebab itu.. ia terus ” Diuji supaya menjadi baik..”

Wednesday, January 4, 2012
Sewaktu rakan ditimpa masalah, begitu mudah kita menasihatinya. Tatkala kita pula menghadapi masalah yang serupa, terkadang kita sendiri tidak mampu menuruti sepertimana nasihat yang pernah kita berikan kepada rakan kita terdahulu. Manusia ini lemah. Dan sebab itulah sepandai mana pun manusia, ia masih memerlukan pimpinan, teguran dan nasihat dari orang lain. Kita bukan sempurna.. :)
BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya.
Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya.
AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya.
AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya.
ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya.
BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya.
MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkanya.
NAFSU itu kuat, tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA!..........

Monday, January 2, 2012
Kita bersedih kerana menyakiti hati orang lain. Kita menyesal kerana membebankan orang lain. Kita kecewa kerana membuatkan orang lain susah kerana kita. Tetapi kita perlu juga berfikir dari sudut yang berbeza. Hadirnya kita menyakiti, membebankan dan menyusahkan orang lain kerana Allah menginginkan orang itu beroleh pahala melalui kita. Manakala untuk diri kita sendiri, segala kesedihan, kekesalan dan kekecewaan kita itu adalah tanda Allah mahu kita muhasabah diri.................
When someone HURTS you, even if it is a deep wound, FORGIVE them. Forgive them not for their sake, but as a sign of gratitude to Allah.
*It brings you closer to Allah and rids you from sins*
P/S PDH : Sometimes you have to forgive and forget.Forgive them for hurting you and forget that they exist. MOVE ON!!!
Jika anda rasa disakiti, janganlah anda menyakiti
Kelak anda kesali…
Jika anda dibenci, janganlah anda membenci
Kelak kebencian itu memakan diri…
Jika anda mengasihi, jangan harap kasih itu kembali
Kelak anda tangisi…
Jika anda merasa putus asa, jangan mudah menyerah diri
kelak kegagalan menimpa diri…
Jadilah diri sendiri, +ve kan minda akli, kuatkan hati, bina kredibiliti diri, amalkan hidup untuk memberi, kelak nanti ALLAH kasihi :)
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK..

Sunday, January 1, 2012
01012012
Selamat Tahun Baru 2012. Semoga kita akan lebih berjaya di tahun mendatang. Buang sifat-sifat yang tidak baik, perbaiki diri dan tambah nilai dengan pengetahuan dan kemahiran baru. Selamat berjaya semua! ;-)
eM....dah masuk 2012..............semoga apa yang berlaku di tahun lalu....memberi satu pengajaran buat kita semua.......Terima kasih ALLAH............:)
eM....dah masuk 2012..............semoga apa yang berlaku di tahun lalu....memberi satu pengajaran buat kita semua.......Terima kasih ALLAH............:)
Subscribe to:
Posts (Atom)