apabila takdir berbicara,dan perancangan manusia berlaku sebaliknya, manusia akan menyesali segala, berandai2 bermain diminda..namun, tanpa kita peka, andai berulang kembali masa, kisah yang kan terjadi tetap sama, kerana takdir Allah tidak ada yang mampu membatasinya.
namun, doa adalah senjata, dengan izin Allah, bisakan jua permintaan akan diperkenanNya..jangan pernah berhenti berusaha... dan andai perancangan tidak menjadi nyata, yakinlah bahawa Allah telah menetapkan yang terbaik untuk hamba2Nya,,,
Jangan kau sangka hati Muslimah itu senang ditawan, lebih-lebih lagi hati yang kenal iman, yang tidak pernah berganjak walau sesaat pada cinta Tuhan.
Jangan kau sangka hati Muslim itu senang tertarik pada suara manja, lebih-lebih lagi yang bijak menanam imaannya, yang tidak sesekali menderhakai Penciptanya.
Kenallah Pencipta mereka dan pohonlah diberikan yang terbaik agar tiada tersalah pilih kerana hati itu bukan milikmu tetapi hanya pinjaman sementara..........
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan..
No comments:
Post a Comment