Tuesday, September 18, 2012



Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa..
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah....
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Semoga ALLAH S.W.T menerima taubat kita semua...InsyaALLAH....=)

Friday, September 14, 2012



Tak mudah untuk kita melupakan seseorang yang telah menyentuh hati kita dan kemudian melukai hati kita dengan begitu mudah............

Wednesday, September 12, 2012

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya 
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu...

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Hanya mampu tersenyum mengenang kisah lalu....benarlah....sekali kita melakukan kesilapan.selamanya kita tidak akan diterima..tapi bersyukurlah..kerana kesilapan itu membuat kita menyedari sesuatu yang lebih bererti..........:)

Tuesday, September 11, 2012


Apa yang ditinggalkan kerana Allah, pasti bertemu kemanisan..

Apa yang dilakukan kerana Allah, pasti bertemu ganjaran.. :)




Mungkin juga dulu kita pernah menyakiti hati insan lain......kerna itu kita disakiti..tak mengapa,biarlah yang telah berlalu itu pergi...masa depan masih jauh untuk diraih..masih jauh juga perjalanan hidup ini...Perbaikilah segala kesilapan lalu..InsyaALLAH..kebahagian jelas pasti akan menghampiri kita..itu janji Nya...pasti.....:)


KALAU SEKARANG kamu sedang memperbaiki diri,
insyaAllah jodohmu juga SEDANG MEMPERBAIKI
DIRI..

dan..

KALAU SEKARANG kamu sedang menjaga hati,
insyaAllah dia juga SEDANG MENJAGA HATI..♥


Wahai Hati...
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janji_Nya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yg kelak kan diraih..

Wahai Jiwa...
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahwa janji_Nya adalah nyata,
Jangan pernah ragu dengan kehendak_Nya
DIA lebih tahu mana yang terbaik untuk para 
hamba2_Nya..


Wahai Raga...
Tetaplah istiqamah dalam rasa,
Cinta yang suci sedang menguji keimanan kita,
Seberapa sabar kita dalam menunggu...
Seberapa kuat kita saat tertatih...
dan seberapa tegar kita disaat rapuh...

Segala ujian dan cubaaan_Nya tak pernah ada yang sia2,
Disebalik kesedihan itu semua pasti ada hikmah dan 
barakahnya,

Bersabarlah untuk suatu Keindahan,
Kebahagiaan itu pasti kan datang untukmu,
Disaat yang Indah di waktu yang tepat...Aamiin


Semoga dipertemukan jodoh.....insyaALLAH..:)

Monday, September 10, 2012

Kadang-kadang dalam hidup ini..kita merasakan kita terlalu yakin sesuatu milik kita pastinya akan kekal bersama kita sampai bila2...tapi kita terlupa..semua itu bukan milik kita..milik ALLAH..tiada apa yang kekal di dunia..semua nya hanya pinjaman,,semuanya hanya sementara...

Masih adakah cinta sejati..?Kita sering mengharapkan cinta sejati itu ada...mungkin ada...tapi terlalu sukar untuk dimiliki..tapi percaya lah..cinta sejati..cinta abadi itu hanya milik ALLAH...Cinta manusia..terlalu mudah untuk diraih..terlalu mudah juga untuk dilupakan..Kadang2 diri ini hanyut dengan cinta...merasakan tanpa cinta manusia..hidup amat sepi sekali...tapi memang benar...sampai bila kita mampu hidup tanpa cinta...kita manusia biasa yang punya hati dan perasaan..ingin dicintai..ingin disayangi..

Tapi sekali kecewa kerana cinta..mengapa begitu sukar untuk melupakan...kenapa begitu mudah untuk menangisi segala apa yang pernah terjadi dulu..mengapa hati ini terlalu lemah..sering kecewa..hinggakan hidup seperti hilang arah...hidup dengan senyuman kepura2-an...disebalik senyuman itu tersimpan satu penderitaan yang amat menyakitkan..

Mungkin hingga sekarang...hati masih belum redha untuk menerima nya..hati masih belum ikhlas untuk melupakannya..mungkin juga hati ini masih rindu..masih sayang...masih cinta...entahlah..masih tiada jawapan untuk semua itu. dan mungkin juga perpisahan yang berlaku itu berakhir dengan satu kejadian yang amat menyedihkan..penuh dengan penghinaan...kerana salah faham..juga penuh dengan penyesalan...tapi..semua itu telah terjadi..tiada siapa yang harus dipersalahkan...kadang2 setiap apa yang berlaku..mengajar kita agar merenung diri..bermuhasbah..untuk memperbaiki kesilapan diri,..


Perpisahan kadang2 membawa seribu satu kebahagiaan...mengajar kita menghargai erti sebuah kehilangan...mengajar erti kasih yang sejati...dan juga mengajar kita erti kehidupan..

Senyumlah duhai hati kerana perpisahan ini pastinya akan membawa kepada pertemuan yang baru..kerana yang pasti perpisahan adalah kembarnya kepada pertemuan.......Semoga pertemuan yang lebih membahagiakan akan muncul mewarnai kehidupan ini..InsyaALLAH.







Thursday, September 6, 2012

Tuesday, September 4, 2012

Kisah Pelangi



Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta..........

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga........
Dari mimpi lena......
Sedar pipi dibasahi.........
Tangisku sendiri.....

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...


Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...

Indah nya pelangi......tapi sayang hanya muncul seketika...pastinya engkau x akan kembali lagi...seperti pelangi ini.......


Monday, September 3, 2012

Buat sahabatku......


Assalamualaikum sahabatku, maaf andai kehadiran surat ini menganggu. Aku Cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.

Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.


Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.

Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Are you still remember our silly pictures in your laptop? I've mine too and it just makes me wet in tears. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.


"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!

Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.


Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Maka itu, la tahzan ya ukhti. Uhibbuka Fillah.

Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.

Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.

Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.

Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf juga kerana sehingga kini aku sendiri masih mencari jawapan untuk senyapmu itu. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.

Surat ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan . Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.

Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.

Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.

Yang ikhlas,
-sahabat lama mu-