'" Malam-malam aku sendiri....TaNpa cinTA mu lagi....HaNya satu KEyAKINANku...BiNTAngkan BersiNar...MENerangi HIDUPku...Bahagia kan Datang..InsyaALLAH.......:)..."
Thursday, August 9, 2012
Kisah bermula....
Sakinah merenung kembali masa silamnya yang telah lama ditinggalkan. Kini, Sakinah keseorangan menyendiri. Tiada lagi istilah 'couple' dalam hidupnya. Segalanya telah dibuang jauh. Akan tiba masanya untuk Sakinah berteman. Teman yang halal yang akan memimpin tangannya sepanjang jalan. Teman yang bergelar suami yang akan bersama Sakinah menempuh ranjau dan duri dunia.
Pada mata kasar manusia, Sakinah seorang gadis yang bertemankan sepi. Sepi pada pandangan kasar mereka namun hakikatnya Sakinah sangat bahagia bertemankan sinar dan kasih Ilahi. Sakinah tahu, dia telah mengambil keputusan yang tepat. Daripada berterusan membiarkan hati bertemankan lara yang tiada penghujung dan kasih yang mengundang dosa dan murka Si Khaliq, Sakinah rela melepaskan segalanya. Walaupun pada awalnya Sakinah begitu lara dan menangisi nasibnya namun akhirnya Sakinah sedar, Allah adalah As-Syifa, yang Maha Menyembuhkan.
Waktu itu, hatinya sakit sekali bak ditusuk oleh duri sembilu yang amat tajam. Perasaannya terguris dan hatinya luka berdarah tatkala menerima perkhabaran itu daripada Rafiq. Kepiluan yang dirasakan jua amat mendalam sekali. Kesedihan yang dilaluinya dirasakan amat panjang dan dipenuhi dengan deraian air mata. Hatinya sakit apabila diuji sekian rupa. Tidak putus-putus dirinya menangisi nasib diri. Sering sahaja Sakinah mengeluh andai sahaja aku tidak mengungkapkan kata-kata perpisahan ini, andai sahaja aku tidak mengenalinya dan sebagainya.
Fikirannya menjadi tidak rasional, hampir sahaja ucapan perpisahan mahu ditarik kembali. Tipu daya syaitan dan kemahuan nafsunya membuatkan Sakinah hampir hilang pertimbangan. Mujur, pertolongan Allah sampai kepadanya. Ia datang dalam pelbagai rupa. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh adik-beradik dan sahabat-sahabat Sakinah membuatkan Sakinah kembali tersedar. Perlahan-lahan ucapan syukur dilafazkan ke hadrat Ilahi.
Sakinah kembali bersujud kepada Allah SWT. Di dalam sujud Sakinah menangis syahdu. Taubat dilakukan sesungguh hati. Pada Ilahi segala rasa yang terbuku di hati Sakinah luahkan. Kalamullah kembali diselak dan ditadabbur maksudnya. Bagaikan terasa Allah berkomunikasi dengannya. Hatinya dipagut sayu. Sakinah menangis teresak-esak sambil memeluk tafsir Al-Quran kesayangannya. Kini, Sakinah mengetahui betapa besar kasih sayang Allah terhadapnya.
Semenjak itu, hari-hari Sakinah ditemani tafsir itu. Tatkala hati tidak tenang, kalimah zikir dan istighfar Sakinah alunkan. Deraian air mata sentiasa berguguran setiap kali usai berdoa. Di dalam doanya Sakinah meminta kepada Ilahi supaya diteguhkan hati menghadapi hari depan yang mencabar. Adakala hati terlalu lelah, ingin sahaja Sakinah jeritkan sekuat hati akan lara yang mendiami hati. Laungan takbir sentiasa diulang-ulang Sakinah. Jika Sakinah terasa berat akan derita yang menghuni hati, Sakinah akan segera mengingati kesusahan insan lain yang lebih hebat derita darinya.
Setiap kali hati Sakinah gundah, tafsir itu yang sentiasa dibukanya. Dari situ Sakinah menemui perasaan damai yang tidak dapat Sakinah gambarkan. Sakinah mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana telah menggantikan cinta yang lebih baik kepadanya. Itulah cinta Ilahi, cinta yang sentiasa dlimpahkan kepadanya tetapi jarang sekali dihargainya...
Cerita Sakinah..sama seperti kisah hidupku......
Perpisahan itu sudah nyata dan tersurat.. Cukup sudah meratapi akan kehilangan sebuah perhubungan ini.. Bangun dan bersemangat hadapi hari hari yang semakin mencabar.. Jangan dibiarkan rasa kesedihan dan kekecewaan menguasai dirimu hingga membuatkan kamu telah hilang akan dirimu sendiri............
Bersyukur dengan apa yang ada.....Terus tabah..terus kuat..ALLAH sentiasa ada disisi kita...Jangan pernah takut...menghadapi kehidupan..Senyumlah..dengan ikhlas..tenangkan hatimu.....:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment