Kadang kadang .. Amat menyakitkan bila seseorang yang pernah membuat anda rasa 'istimewa' di hari semalam tiba tiba membuat
anda rasa tidak diperlukan atau tidak dihargai
pada hari ini
Tetapi...
Saat anda bangkit daripada kesakitan, anda
baru tersedar bahawa ada rahmat tersembunyi yang tidak pernah terfikir oleh
minda dan tidak dimengerti oleh hati....
-CDK-
Jemputlah Aku Jika Waktunya Tiba
Sayang..
Aku sedang mempersiapkan diri
Membentuk hati supaya kelak menjadi yang terindah buatmu
Belajar dari Siti Hajar yang dengan sabar dan
Tanpa mengeluh menghadapi segala dugaan yang Allah berikan
Belajar dari Siti Khadijah yang setia dan
Tanpa lelah menemani Rasulullah dalam perjuangannya
Belajar dari kekasih yang setia menunggui Arjuna
Belajar dari Raihana yang tak lelah mencintai dan memberi ketulusan pada suaminya
Dan belajar pada isteri-isteri teladan yang lain
Yang suatu masa akan aku tanamkan pada diriku
Sayang..
Akan aku simpan kesucian cintaku untukmu
Untuk engkau yang nanti akan memberi cinta
Dan ketulusan serta perlindungan padaku
Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi sebahagian dariku
Kerana aku potongan tulang rusukmu
Sayang..
Aku selalu berdoa sehingga nanti aku menjadi isteri solehah yang setia
Dan dengan tulus mengabdikan hidupku untukmu
keranaNya
Sayang.
Jemputlah aku jika waktunya tiba
dan aku akan setia menunggumu..
No comments:
Post a Comment