Tuesday, July 31, 2012


Hari ini 31/7......genap setahun.kenangan pahit itu menjelma kembali..terlalu sukar untuk melupakan..mungkin hati masih terluka...aku cuba untuk melupakan...aku harus kuat..walaupun payah..aku harus melakukan...Syukur Ramadhan kembali..kembali bersama peristiwa sedih itu...alhamdulilah..Ramadhan mengajar aku erti sabar..erti syukur...Aku hanya mengharap aku dapat melalui hari2 ku dengan lebih tenang...dan tabah......insyaALLAH..

Ujian itu rahsia ALLAH...ALLAH bagi kita ujian bukan sebab ALLAH benci..tetapi ALLAH sangabt kasih dan sayang pada hambanNya..Ujian itu sangat manis jika kita benar-benar ikhlas menerima nya........

Pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita?

Bagaimana menghadapinya?

“Cinta baru sempurna jika terasa menyayat, seperti segumpal tanah liat yang akan baru menjadi cantik setelah dibentuk menjadi tembikar. Cinta menjadi abadi jika tak terjangkau. Ibarat bumi selalu mengintai matahari. Kerana tak mampu meraihnya, selamanya menjadi bayangan yang tak terengkuh. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan. Namun lebih menyakitkan lagi ketika kita tidak mengerti bahawa kadangkala Allah izinkan kita kehilangan seseorang untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita merasa rapuh tapi disisi lain kehilangan dapat membuat kita tabah.


Tetapi sesuatu yang hilang belum tentu meninggalkan kekosongan, kerana jejak-jejak yang ditinggalkannya tak pernah benar-benar hilang.

Maka, mari belajar untuk mencintai kehilangan itu, kerana ia adalah sebahagian proses semulajadi dari hidup. Kehilangan memberi banyak pelajaran dan pengalaman baru buat kita kita dapat menerima dengan baik proses itu, menerima diri kita sendiri.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan.

Kemenangan hidup bukan bermakna kejayaan mendapat banyak, tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang didapat tanpa menguasai. Pelajaran dari beberapa kehilangan, bahawa dalam setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah proses lepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa...

Menyedari bahawa sekuat apapun jiwa dan diri, setiap hidup tak pernah lepas dari kehilangan. Bahawa cerita di dunia ini bukan hanya celoteh kita, tapi ada celoteh lain yang harus didengarkan, dipenuhi dan dilalui...




Monday, July 30, 2012

Erti Sahabat


Sakit.. yang amat!

Backstab!

Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang maybe telah dianggap sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati. Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Who them to us. kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, it’s feel torn apart inside. Memang sakit. Sakit tanpa luka. Mungkin kita tak dapat tersenyum, even untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka. Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama. Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.


Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman. Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia. Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje. Sabar, sabar dan sabar..

Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.

Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.
Memaafkan.

Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kata. Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang. Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?


Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan. Nescaya kita akan bahagia.....













Thursday, July 26, 2012

Doa hari pertama hingga ke-6 puasa

Hari Pertama
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.


Hari Kedua
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”


Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.


Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”


Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”


Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan

Wednesday, July 25, 2012

Friday, July 20, 2012

Perpisahan Ini..


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu...

Genap setahun perpisahan ini terjadi.....Aku pasrah..Terima kasih Ya ALLAH...=)






Allah sangat baiiiiiikkk...

Malu bila aku mengutuk-Nya (bmaksiat).. 

Malu bila aku mengeluhi-Nya.. 

Dibiarkannya aku terus hidup (taubat)..

Hingga akhirnya Allah datang. Datangnya berlimpah-limpah..

Hingga kini aku takut..

Takutkan diri ini tak pandai syukur...