Friday, October 7, 2011

semoga melihat kebahagiaan orang lain yang tak pernah kita kecapi itu,
masih mampu membuat kita tersenyum,
redha dengan ketetapanNYA,
sabar dengan ketentuanNYA,
dan bersangka baik dengan aturanNYA.

insyaAllah,
semoga dalam kekurangan dan kepayahan,
kita masih mampu mendoakan kesejahteraan insan lain.

insyaAllah,
semoga tidak timbul iri hati dan dengki,
semoga yang lahir dari sudut hati,
adalah doa yang tulus,
dan bisikan ikhlas,
“saya tumpang bahagia”
» ~ semoga melihat kebahagiaan orang lain itu, menjadi kebahagiaan kita ~

Thursday, October 6, 2011

Hati yang tiada mengenal syukur akan merasa miskin sekalipun kaya dalam kehidupan dunianya. Hati yang tak sedar diri akan merasa sunyi biarpun terlalu ramai orang beriman yang Allah datangkan untuk mengembalikan ketenangan. Hati yang lumpuh iman akan terus-terusan merasa mewahnya maksiat. Hanya hati yang kenal Tuhan yang akan setia merindui dan dahaga akan cinta Allah dan kekasih-Nya, Muhammad SAW...




Bila Allah bagi petunjuk pertama, silalah ambil tindakan susulan.
Bila Allah bagi petunjuk kedua, silalah berusaha untuk berubah.
Bila Allah bagi petunjuk ketiga, silalah sedar bahawa ni’mah itu tak selalu ada.
Siapa tahu petunjuk keempat, Allah mahu anda berfikir.
Namun jika petunjuk keempat tak anda sedar, petunjuk kelima kabur.
Begitulah petunjuk seterusnya sebagaimana orang Yahudi yang tidak sedar akan kedatangan Muhammad SAW.

So, hargailah setiap petunjuk yang Allah beri kerana petunjuk bukan selalu ada bagi yang hilang nilai hargai pada Sang Pencipta..

Wednesday, October 5, 2011

“Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya. Tetapi seandainya kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana ALLAH untuk menjaga kita? Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk di jagaNYA…

Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu, tetapi harus dibina… Hargailah kesempatan yang Allah berikan kepadamu….”

Tuesday, October 4, 2011

~Apabila Perpisahan Itu Terjadi...~

Tidak perlu terlalu sedih dengan setiap perpisahan..Perpisahan adalah pintu untuk sebuah pertemuan yang baru..Tanpa perpisahan bolehkah orang baru itu kita kenali,sayangi seterusnya menjadi pasangan kita hari ini?..Ya..perpisahan adalah sesuatu yang sangat menyakitkan..aku akui,,,,memang sangat menyakitkan...Tetapi sedarlah....setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan...tiada yang kekal..hanya pinjaman dari ALLAH semata-mata.....

Tidak mengapa berasa sedih namun usahlah terlalu sedih...Kesedihan hanyalah ledakan perasaan yang dibauri oleh perisa syaitan.Oleh kerana kesedihan jugalah ramai orang menjadi tidak redha,,lantas tanpa disedari menjadi kufur apabila kerap mempertikai mengapa ALLAH buat begini?Mengapa aku diuji sedemikian rupa?Sedangkan setai kesedihan hujungnya adalah nikmat..Bila, Bagaimana?,tiada siapa yang tahu namun ia tetap terjadi..Percayalah...disetiap kesedihan pastinya ALLAH akan menjanjikan kebahagiaan......

Monday, October 3, 2011

Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu tidak berhak untuk menjadi seorang Muslimah yang baik, disayangi dan dihormati. Berusaha mendidik diri menjadi Muslimah yang baik perlu diteruskan tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu. Tinggalkan masa lalu yang perit itu. Jadikan ia satu pengajaran bukan satu penyesalan yang berpanjangan.,.....
Apabila kamu merasa dirimu dibenci, ingatlah bahawa Dia Maha Penyayang. Apabila kamu merasa kamu sudah terlalu banyak melakukan dosa, ingatlah bahawa Dia Maha Pengampun. Apabila kamu merasa lemah, merasa letih atau rasa berputus asa, ingatlah bahawa Dialah sebaik-baik penolong. :)


maafkan aku..
walau kita tidak berhubung..
dari gayamu aku tahu aku mengganggu hatimu..
dari caramu aku tahu aku mengganggu mujahadahmu..

maafkan aku..
bukan niatku..
biarlah aku jujur..
biarlah aku berundur..
biarlah Dia yang mengatur..

if its meant to be, it will be :)





Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Temannya adalah airmata.. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..


Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kdgkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri..Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah..
Bila menangis tdk siapa yg tahu..Semuanya demi maruah diri..Walau siapapun kita,dimana kita berada, langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak..Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan..Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yg sdg di uji oleh-NYA.. :)

Sunday, October 2, 2011

maafkanlah saya….
saya baru sedar bahawa saya tidak cukup layak buat anda.
saya tidak setanding untuk bergandingan dengan anda.
anda ibarat batuan istimewa yang bernilai, walhal saya hanya umpama sebutir pasir biasa.
saya dan anda = berbeza

inilah kenyataan yang harus saya terima seadanya.
ya Allah, kuatkanlah hati ini.
permudahkanlah perjalanan hidup hambaMu.
duhai hati, tabahlah menempuhi hakikat ini.
amin..





~Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita..~


Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..