Friday, September 9, 2011

‎"Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah didalam genggaman kau sndiri"........


 Lepaskan dia pergi........agar dia bahagia,..seandainya dia itu jodoh kita..pasti dia akan kembali..........



Wednesday, September 7, 2011

Satu Pengajaran.....


Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”
p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
Cerita ini sangat bermakna buat diriku.........yang akan aku jadikan pengajaran untuk hari yang mendatang...
kerana aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Tuesday, September 6, 2011

Aku menulis bukan untuk sesiapa..walaupun hakikatnya aku ingin seseorang membacanya..supaya dia mengetahui apa segala isi hatiku yang ingin kuluahkan...tetapi..tidak lagi sekarang...aku hanya menulis untuk mengubati hatiku yang lara...........

Semoga luka ini akan sembuh...entah berapa lama..aku tidak pasti...Berikan aku kekuatan itu Ya ALLAH..beri aku ketenangan...dan yang paling penting kesabaran...semoga aku mampu melalui hari2 yang mendatang ini...
Kurniakan lah aku sedikit kebahagiaan...agar aku dapat mengharungi hidup ini...yang tidak tahu sampai bila...

Sesungguhnya tiada daya upaya aku ya ALLAH...hanya dengan izin Mu jua Ya ALLAH..aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa...memohon...hingga akhir nafasku......

Padamu ku bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud


Monday, September 5, 2011

Kesedihan membuat hati menjadi tidak tnteram, semangat akn padam serta harapan mnjadi hilang.Kesedihan samadgn menentang qada, menyesali sesuatu yg pasti, benci terhadap nikmat serta jauh dari syukur.Kesedihan tidak akn mngembalikn sesuatu yg telah hilang/pergi, tidak juga dpt mmbangkitkn yg sudah mati, menolak takdir serta tidak mndatangkn manfaat. Kesedihan yg berpanjangan datang dari syaitan, bisa diikuti dgn ketakutan, depresi, putus asa higga mngundang kekufuran juga kematian...


Jangan bersedih lagi.....


Kadang-kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,

Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…

Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama....



Bila kehadiran cinta itu ada tapi di tolak dan tdk diterima olehnya, janganlah kita berputus asa dan membenci seraut wajah itu.. Kerana mgkin masa dan tempat yang tidak kena.. Tanamkan azam utk menjadi yang lebih terbaik dalam menakluk hatinya...


Bila cinta itu tdk lagi bermakna kita rasakan kita adalah manusia yang hilang satu arah.. Kita lupa dan terus hanyut membiarkan hati kita membenci satu wajah hinggakan merasakan hati kita telah mati.. Dalam mencari cinta baru, kita diselimuti bayang lalu yang seakan menyesakkan dada 


Kita punyai pilihan sama ada utk terus kecewa atau bangun utk mencari satu kehidupan.. Kita punyai akal yang waras menangisi kejamnya cinta atau membina kekuatan diri di dalam mencari identiti kita.. Tiada siapa yang dpt mengubah kehidupan kita.. Berusaha, berdoa dan bertawakallah pada Allah.....

Saturday, September 3, 2011

‎"Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. 

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu." 


‎"Ya Allah, berikanlah mereka yang ku cintai balasan yang sebaik-baiknya
atas limpahan syg mereka padaku dan pahala yang besar atas pengorbanan
mereka kepadaku.

Peliharakanlah mereka sebagaimana mereka memelihara cintaku padanya.."


Friday, September 2, 2011

"Walau aku menjauh, kamu pernah menjadi kesayanganku.. Walau kamu telah tiada, kenangan itu tetap segar.. Walau kita tiada lagi cerita, doakan kita sama sama bahagia..."


PERPISAHAN YANG TERJADI INI sememangnya memberi seribu satu keinsafan...terima kasih atas segala nya...aku semakin YAKIN,..aku redha yaALLAH....ini ketentuan Mu....yang terbaik buat diriku...ALHAMDULILAH.............