Sunday, August 7, 2011

Kisah Hati Seorang Perempuan..

Kadang bila kita melihat airmata seorang perempuan itu mengalir...Sungguh dikala itu amat perit derita yang ditanggungnya...Dan seolah-olah telah hilang satu kekuatan dirinya kerana selalu menahan airmata itu daripada terus mengalir..Dan jika kita terus membiarkannya dalam kesedihan..mungkin dia melakukan perkara diluar kawal..Bimbinglah dia..Tenangkanlah hatinya..

Disaat menitis airmatanya itu, jika kamu berpesan dan berjanji tidak akan melukai hatinya lagi..Dia akan menerima kata2 mu dengan semangat penuh membara...dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya..Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu..dan berjanji tidak akan pernah melepaskannya hingga ke akhir hayat..

Terkadang dia jarang mengatakan RINDU..janganlah kamu beranggapan dia langsung tiada perasaan rindu padamu...Sengaja dia memberi ruang kepadamu untuk menyatakan nya terlebih dahulu,kerana hatinya amat bahagia dan gembira bila seseorang yang dicintainya menyatakan rindu padanya...Jika perempuan itu menyatakan dia rindu padamu...dia benar2 maksudkannya...Apabila berjauhan bayangamu sering bermain di ingatannya...hingga dia tidak dapat melakukan kerja kerana merindukanmu.......

Kadang dia menjadi DEGIL,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi mahu melihat sejauh mana kesabaran kamu melayan kerenahnya,,Percayalah hati wanita amat lembut..Andai kena caranya jangan terkejut kalu akhirnya dia mampu berubah fikiran dalam masa sesaat....Kata orang keras hati wanita mampu cair oleh janji manis oleh sang pemujanya..

Dan kadang bila dia berkata "Tolong tinggalkan saya!"dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi untuk selamanya..Dia hanya ingin menenangkan fikirannya sebentar sahaja..Dan apabila dia menjadi tenang, maka dia pasti akan mencari kamu semula,..Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda..Perempuan sukar mengawal emosi dan perasaan...Dia terlalu emosional...Tapi dia lah yang terlalu menyayangi anda dan sangat sensitif  dengan perubahan diri kamu...


Itulah sedikit tentang kisah hati pada seseorang......Seseorang itu bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya...Sekali perempuan itu telah jatuh hati..amat susah untuk dia melepaskan seseorang itu..dan akan mengambil masa yang lama untuk pulih......atau mungkin membuat hatinya tertutup untuk menerima cinta lain buat selama2 nya..............
Doa hari ke 6 puasa
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!.

Saturday, August 6, 2011

Hari ini aku pergi ke klinik.....berjumpa doktor..ditemani oleh emakku..kebimbanganku..apa mungkin aku mempunyai sakit...yang aku sendiri tidak pasti...sayu..ak melihat wajah emakku...doakan anakmu ini...mudah2an...tiada sakit...anakmu ingin sihat...agar dapat membahagiakan mak dan abah....

Jika sakit ini...adalah nikmat Mu..aku terima Ya ALLAH...mudah2 an sakit ini dapat menghapuskan dosa2 ku  yang lalu...Alhamdlulilah..............

Ceritera Julai@7..

Bulan Julai......membawa seribu satu makna dalam hidupku....seribu pengertian...satu perubahan..satu kehidupan..satu kesedaran....satu perhubungan....juga satu hikmah yang begitu besar maknanya.......

Seawal bulan Julai..@7 ...aku dipertemukan dengan seseorang..dengan takdir Nya...kami berkenalan..salam perkenalan itu ku sambut dengan penuh rasa syukur...alhamdulilah...buat pertama kali nya..dengan izin ALLAH..aku mengenal erti sebuah CINTA..cinta yang hadir begitu indah kurasakan...sehingga berjaya membuka pintu hatiku yang selama ini belum pernah dapat menerima kehadiran seseorang lelaki...dia adalah yang pertama..dia yang pertama ada didalam hatiku...dia yang pertama aku cintai..setulus hatiku...sesetia yang aku mampu....tiada yang lain hanya dia..walau pelbagai KETIDAKSAMAAN yang hadir antara aku dan dia...bermula dengan rasa ragu untuk menerimanya..tetapi entah kenapa..aku berusaha juga menerimanya....mungkin ini yang pertama kali buat diriku...segala kekurangan aku terima..begitu singkat rasa nya perkenalan itu...tetapi terus sahaja dimulai dengan kisah cinta...sehingga aku bergelar kekasihnya....
Begitu asyik kami melayari manisnya sebuah percintaan itu...hingga terbuai.....melupakan kuasa ALLAH SWT yang Maha Berkuasa......hinggalah dugaan demi dugaan..melanda....menghambat...tekanan demi tekanan...masing2 saling menyalahkan...saling tidak memahami........akhirnya takdir ALLAH mengatasi segala2 nya.......
Perpisahan terjadi juga......tanpa terduga,..tanpa tidak disangka...dahulu CINTA begitu kuat.....begitu mudah dilafazkan......tetapi sekarang tiada lagi cinta...yang ada hanya kata2 hina,kata2 nista,perasaan benci,perasaan dendam....aku wanita lemah...hanya mengharapkan seorang lelaki yang boleh membimbingku...dunia dan akhirat...tetapi apakan dayaku........ini ketentuanNya,,,..disaat aku ingin berubah...disaat ini..kekesalan saja yang menemani hidupku....dan semua ini terjadi dibulan Julai...ALLAH,..begitu hebat perancangan MU ya ALLAH....

Hingga menyedarkan ku.......segala dosa2 ku...segala kekilafanku...biarlah aku yang dipersalahkan..biarlah aku saja yang menerima akibatnya...aku rela...aku hanya mampu berdoa,,,agar kemaafan yang aku pinta..dapat dimaafkan...biarlah dia bahagia ,walaupun tanpa aku disisi..doaku buat dia...yang sekarang ini kian menjauh.....

Perpisahan ini benar2 mengubah kehidupanku......mengubah segala2 nya........ALHAMDULILAH...walaupun pada awalnya,...begitu perit untuk ku terima...tetapi pada suatu hari ,aku seolah2 tersedar...aku dapat rasa hikmahnya...aku dapat rasa...Tuhan masih menyayangiKU...terima kasih Ya ALLAH....8@7 till 31@7......


Tangisan Taubat..

Setiap manusia memerlukan tangisan yang boleh meredamkan kejahatan dalam hati..Pada hakikatnya segala konflik yang berlaku dengan pasangan kita ,semuanya adalah berpunca daripada DOSA-DOSA kita yang lalu..Kita terlalu lalai menyemai cinta,melukis bahagia, menurut hawa nafsu, sehingga terlupa dengan kewajipan sebagai hamba ALLAH S.W.T,...lalu kita ditegur oleh ALLAH dengan cara NYA yang tidak di sangka-sangka...seperti menghadapi sikap pasangan yang mendera bukan hanya mental bahkan fizikal.Mula-mula hanya petengkaran kecil yang disambung dengan ugut mengugut, cela mencela, hina menghina...sampai akhirnya berlaku peristiwa hitam..menyayat hati....hingga menerbitkan luka di hati.......Hampir semua peristiwa yang dialami oleh kita itu, di susuli dengan kejahatan MULUT....dan akhirnya kerana mulut BADAN BINASA...

Maka kembali kepada Nya...sesungguhnya zikrullah dapat mengekang KEJAHATAN LIDAH...Ingatlah..jika lidah sentiasa sibuk dengan zikir pasti takkan sempat nak berkata-kata jahat...ALLAHUAKBAR....

Tangisilah SEGALA DOSA yang pernah dilakukan oleh TANGAN, KAKI,LIDAH, HATI DAN KEMALUAN kita....Tangisan ini lebih bernilai dari dunia dan seisinya.......Ketahuilah kamu,dengan bermunajat kepada ALLAH seraya menangisi kelalaian kita dapat memadamkan API NERAKA di akhirat kelak...Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada ALLAH"..........(Hadis riwayat Al-Tarmizi dan Imam Ahmad)

~Sesungguhnya aku manusia yang penuh dengan dosa......Alhamdulilah Ya Allah....Kau telah menyedar kan ku......Semoga tangisan taubat dari ku....dapat memadamkan api neraka kelak......InsyaALLAH.........Allahuakbar...~


Friday, August 5, 2011

REaliti Cinta............


Sedang aku berfikir akan sesuatu yang bernama CINTA...aku terbaca satu artikel.......

" Cinta memang indah. Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Anda begitu yakin bahawa tiada apa yang berlaku. Kusangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Anda dan pasangan mula bergaduh. Sedikit perselisihan faham dipendam begitu sahaja tanpa dikongsi kerana bimbang ianya akan merosakkan bunga cinta yang sedang berkembang. Akhirnya ia membesar dan tidak dapat dibendung lagi. Konflik pun berlaku. Anda mengatakan bahawa si dia telah berubah dan tidak lagi menyayangi anda. Si dia pula menyalahkan anda kerana tidak memahaminya. Akhirnya tercetuslah apa yang tidak diingini iaitu perpisahan atau penceraian.

Salah satu faktor konflik ini berlaku adalah kerana kegagagalan kita untuk memahami "bahasa cinta" pasangan kita sendiri. Kita tidak tahu perkara sebenar yang diinginkan oleh pasangan. Cuba banyangkan sebentar, mungkin konflik ini berlaku disebabkan pasangan anda seorang yang mempunyai kod Introvert. Introvert bermaksud, seorang seorang yang kurang menggemari aktiviti sosial. Pasangan anda lebih suka untuk menghabiskan kebanyakkan masanya dengan bersendirian. Bagi Introvert, berada di tempat yang mempunyai ramai orang agak merimaskannya.
Suatu hari pasangan anda yang pendiam ini pun balik dengan keadaan murung. Anda pun melihatnya. Anda ingin membantu, “Ada apa- apa tidak kena ke sayang?” Tetapi malangnya, anda tidak menerima sebarang respon. Si dia hanya menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Lalu anda merasakan bahawa pasangan tidak ingin berkongsi dengan anda. Perasaan terkilan ini disimpan. Lama-kelamaan ianya membesar dan mencetuskan konflik.
Tetapi sebenarnya tahukah anda bahawa pasangan bukan tidak mahu berkongsi? Si dia mempunyai gaya perilaku sebagai seorang Introvert. Si dia memerlukan ruang untuk dirinya berfikir tentang masalah yang berlaku. Sebagai seseorang yang memahami personaliti pasangan, anda akan tahu bahawa jika pasangan anda tidak ingin berkongsi bukan bermakna tiada lagi cinta antara anda berdua. Anda akan faham bahawa sebenarnya pasangan anda hanya mahu sedikit ruang untuk memikirkan masalah tersebut. Jadi, tiadalah perasaan terkilan -"petikan dari ebook personaliti Cinta-

Banyak kali kubaca...baru aku sedari....aku belum cukup mengenali seseorang yang aku sayang.....belum cukup mendalami dan memahami drinya......Mungkin disebabkan itu....pergaduhan sering terjadi...tiada lagi persefahaman...
Masing2 membawa diri.......Entah sampai bila...atau hanya aku yang masih mengharap...sedangkan kenyataan nya...ia SUDAH BERAKHIR..........aku tidak tahu........kerana jawapan yang belum pasti.......biarlah masa yang menentukan..........biar takdir menentukan segala2 nya.....ak pasrah,...........AJAL,JODOH DAN MAUT ditangan
 ALLAH...........kita manusia hanya mampu merancang........Sesungghunnya perancangan ALLAH maha hebat.........

~TERsEDAR........

Di bulan Ramadhan......hari berganti hari......alhamdulilah...ak peroleh kekuatan...walaupun kdg2 aku masih menangis,,,,,,,tibe2 ak rase aku kuat...keinginan untuk berubah begitu kuat.....setiap masa jika perasaan sedih itu datang aku beristighfar panjang...aku ingat setiap yang telah terjadi...tidak ingin aku mengulanginya lagi...aku belajar erti sabar...erti kasih sayang....hubungan ku dengan emakku semakin baik...alhamdulilah...tiada lagi persaan benci....perasaan dendam...perasaan marah...aku belajar semua itu..disaat aku kehilangan semuanya....
Begitu tenang aku rasakan.......mungkin ini hikmah nya.............
Aku sentiasa mengingatkan diriku.........pe yang berlaku...salah ku sendiri...pe yang terjadi...ini balasan atas dosa2 ku yang lalu.........terlalu banyak dosa...begitu kita leka dengan nikmat bahagia yang seketika...akhirnya...balasan ALLAH itu pasti...setiap balasan atau dugaan yang diberikan bukan bererti ALLAH zalim kepada umatnya.....tetapi kita yang menzalimi diri kita sendiri...aku sedar aku manusia lemah seringkali melakukan dosa...tetapi selepas pe yang berlaku...aku TERSEDAR...tersentak aku....satu persatu dosa2 ku yang lalu menghantui fikiranku....ALLAH.......ALLAH...ALLAH....ampunkan dosa2 ku Ya ALLAH......lindungi lah hambaMU ini dari segala kejahatan..tunjukkan jalan Mu Ya ALLAH...berilah hambaMU ini petunjuk.....jika perpisahan yang terjadi....memberi kebahagian yang berkekalan...aku rela.....walaupun begitu sakit, begitu perit...aku sanggup..jika ini takdirMU...berikan aku kekuatan untuk redha apa yang telah berlaku......
Tiada guna kita menyesali apa yang telah terjadi...tiada guna menyalahkan orang lain...kita sendiri kenal diri kita sendiri....ALLAH Maha Mengetahui,,,ALLAH Maha Adil....setiap perbuatan jahat akan dibalas...begitu juga setiap kebaikan...wlaupun sebesar zarah..pasti ada ganjarannya...ini janji ALLAH....

CINTA DAN ANUGERAH

Kau tempat ku mengadu hati...
Memberi segala hidup..
Dunia dan seisi nya milik MU..
Mencintai Mu sejati...

Ku manusia yang penuh DOSA..
Berharap ampunan MU..
Lihat di langit kesempurnaan hadir MU..
Kau cinta pertama dalam hidup...

ALLAHUAKBAR Maha Besar..
MemujaMu begitu indah...
Selalu kau berikan semua...
Kebesaran Mu...Tuhan.........

"Bahagia itu pasti hadir....jika Cinta yang dianugerahkan Tuhan itu...diredhai dan diberkati.............."

~Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.....................~